ULANG KAJI SAAT AKHIR:NOTA DAN SOALAN CERPEN ANTOLOGI DIGAHAYU BAHASAKU SPM 2015
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU
TAJUK-TAJUK SASARAN (BELUM DISOAL DALAM PEPERIKSAAN SPM JUN & NOV YANG LEPAS)
1. Penanggungan
2. Idola
3. Tanggar Amanat
NOTA KOMSAS
PENANGGUNGAN
Pencernaan Peristiwa Penting Terhadap aspek komsas
Peristiwa |
Nilai |
Persoalan |
Pengajaran |
Perwatakan |
Masnah tidak dapat menerima
kematian suaminya kerana amat menyayangi suaminya.
|
Kasih sayang
|
Kasih sayang seorang isteri
kepada suaminya.
|
Seseorang isteri hendaklah
menyayangi suami dan anak-anaknya supaya kehidupan mereka bahagia.
|
Maznah tidak dapat menerima
kematian suaminya kerana amat menyayangi suaminya.
|
Kapten Mamat tabah
menghadapi dugaan sebagai kapten kapal.
|
Ketabahan
|
Ketabahan dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang kapten kapal.
|
Kita mestilah tabah
menghadapi pelbagai dugaan dalam kerjaya seperti dimarahi atau dibuang kerja.
|
Kapten Mamat tabah
menghadapi dugaan sebagai kapten kapal.
|
Kapten Mamat melihat
kematian Baharum di dalam kapal dan menganggap bahawa kematian boleh berlaku
di mana-mana.
|
Rasional
|
Rasional dalam menerima
sesuatu kemalangan yang mengakibatkan kematian.
|
Kita hendaklah mengamalkan
sikap rasional dalam menghadapi peristiwa yang berlaku kerana setiap
peristiwa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
|
Kapten Mamat melihat
kematian Baharum di dalam kapal dan menganggap bahawa kematian boleh berlaku
di mana-mana.
|
Kapten Mamat ingin membantu
kehidupan Masnah selepas kematian suaminya.
|
Baik hati
|
Baik hati dalam membantu
orang yang menghadapi masalah.
|
Kita mestilah baik hati
dengan membantu orang yang dilanda masalah seperti kematian orang yang
disayangi.
|
Kapten Mamat seorang yang
baik hati kerana ingin membatnu kehidupan Masnah selepas kematian suaminya.
|
Kapten Mamat reda dengan
suratan takdir akan kemalangan yang berlaku dalam kapalnya.
|
Reda
|
Reda menghadapi suatu
peristiwa yang menyedihkan.
|
Kita hendaklah reda dalam
menghadapi sesuatu peristiwa yang menyedihkan seperti kematian.
|
Kapten Mamat reda dengan
suratan takdir akan kemalangan yang berlaku dalam kapalnya.
|
CONTOH SOALAN
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Sekali ini, hati batu Kapten
Mamat menjadi lembut benar. Dia tahan melihat mayat Bahrum mati berdarah.
Tetapi, tidak sanggup melihat janda dan dua orang anaknya yang tinggal. Wajah
dan tangisan mereka merupakan suatu gambaran dunia yang penuh laknat.
Siapakah
tidak terharu melihat anak yang baru kehilangan bapa bertanyakan mana
bapanya? Siapakah tidak kesihan melihat isteri yang baru kehilangan suaminya?
Menyaksikan anak dan isteri yang
menanggung duka dan nestapa, suatu penyeksaan bagi Kapten Mamat, tetapi jika
sudah berdepan, dipaksanya menahan segala kemungkinan. Sifatnya yang lemah
itu diatasinya dengan gagah.
(Dipetik daripada cerpen “Penanggungan” oleh Wijaya Mala dalam
antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2010, halaman
157).
|
i.
Mengapakah Kapten Mamat menjadi berubah daripada berhati batu kepada
berhati lembut? (2 markah)
ii. Sekiranya anda sebagai Kapten Mamat, wajarkah anda bersedih akan
peristiwa tersebut?
(3 markah)
iii. Jelaskan satu nilai murni yang diperoleh daripada petikan dan dua
nilai murni lagi daripada keseluruhan cerpen.
(4 markah)
JAWAPAN CADANGAN
i Perubahan
hati Kapten Mamat
-
Tidak sanggup melihat melihat kesedihan wajah janda dan anak-anak
Bahrum
-
Wajah dan tangisan mereka menggambarkan kekejaman dunia.
ii Wajar
bersedih kerana
-
Pemergian suami dan bapa satu kehilangan besar buat keluarga mereka.
-
Isteri dan anak-anak kehilangan tempat bergantung.
-
Isteri dan anak-anak kehilangan tempat bermanja dan kasih sayang.
iii Satu nilai murni daripada petikan
-
Belas kasihan
Kapten Mamat
simpati terhadap penderitaan isteri dan anak-anak Baharum
Satu nilai daripada Keseluruhan
-
Keberaniaan
Kapten
Mamat berani bekerja sebagai anak kapal di
tengah lautan.
CERPEN IDOLA
Pencernaan Peristiwa Penting Terhadap aspek komsas
Peristiwa
|
Nilai
|
Persoalan
|
Pengajaran
|
Perwatakan
|
Lelaki penjaga panggung
wayang menyayangi isteri dan 10 orang anaknya.
|
Kasih sayang
|
Kasih sayang seorang suami
kepada isteri dan anaknya.
|
Seorang suami hendaklah menyayangi
isteri dan anak-anaknya supaya kehidupan menjadi bahagia.
|
Lelaki penjaga panggung
menyayangi isteri dan 10 orang anaknya.
|
Lelaki penjaga panggung
wayang tabah menghadapi kehidupannya yang miskin dan rumah kecilnya yang
berdekatan dengan longkang yang busuk.
|
Ketabahan
|
Ketabahan dalam menjalani
kehidupan yang miskin dan rumah yang kecil.
|
Kita mestilah tabah
menghadapi pelbagai dugaan seperti kemiskinan dan terus berusaha untuk
mencari kehidupan yang lebih baik.
|
Lelaki penjaga panggung
tabah menghadapi kehidupannya yang miskin dan rumah kecilnya berdekatan
dengan longkang yang busuk.
|
Lelaki penjaga panggung
kembali rasional apabila mendengar penjelasan hero sandiwara tentang
kehidupannya yang sebenar.
|
Rasional
|
Rasional dalam mencapai
cita-cita menjadi hero sandiwara.
|
Kita hendaklah mengamalkan
sikap rasional dalam mencapai cita-cita agar cita-cita itu dapat
membahagiakan kita.
|
Lelaki penjaga panggung
kembali rasional apabila mendengar penjelasan hero sandiwara tentang
kehidupannya yang sebenar.
|
Lelaki penjaga panggung
seorang yang bertanggung
jawab kerana menjalankan
tugas menyusun kerusi penonton untuk persembahan sandiwara.
|
Bertanggungjawab
|
Bertanggung
jawab dalam menjalankan
kerja yang diberi agar gaji yang diterima berkat.
|
Semua pekerja hendaklah bertanggung
jawab menjalankan tugas
yang diberi.
|
Lelaki penjaga panggung
seorang yang bertanggung
jawab kerana menjalankan
tugas menyusun kerusi penonton untuk persembahan sandiwara.
|
Hero sandiwara jujur
menerangkan hakikat kehidupannya yang sebenar.
|
Kejujuran
|
Kejujuran dalam
menceritakan hal sebenar tentang kehidupan sebagai seorang sandiwara.
|
Kita hendaklah jujur dalam
menerangkan hal sebenar tentang sesuatu perkara agar memberi kesedaran kepada
orang lain.
|
Hero sandiwara jujur
menerangkan hakikat kehidupannya yang sebenar kepada lelaki penjaga panggung.
|
CONTOH SOALAN
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
“Saudara, bukankah hidup ini bagai
sandiwara?”
Si penjaga panggung
mengangguk-angguk lesu.
“Sudahlah, saudara. Kembalilah kepada
diri sendiri. Kehidupan
di luar panggung lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. Lupakanlah
kehidupan di dalam panggung ini. Kehidupan di sini hanya sementara.
Saya….saya sendiri tidak akan selamanya memegang watak hero. Lambat-laun
kehidupan saya di atas pentas ini akan berakhir jua. Sebenarnya saya lebih
terkesima pada kehidupan di luar panggung, bukan di dalam panggung ini.”
Si penjaga panggung terus
mengangguk-angguk.
“Saudara, apa sebenarnya yang ingin
saudara dapatkan daripada saya?”
“Err…Tidak ada apa-apa. Saya….saya cuma mengagumi
saudara.”
“Saudara ingin
menjadi seperti saya yang selalu diberi kepercayaan memegang watak hero?”
“Err…Tidak.”
“Bercakap benarlah, saudara.”
“Err…ya…ya…”
Si hero menggeleng-geleng lesu.
(Dipetik daripada
cerpen `Idola`
oleh Zaen
Kasturi dalam antologi Dirgayahu Bahasaku.
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Nyatakan
nasihat yang diberi oleh si hero kepada penjaga panggung. [2 markah]
(ii)
Pada
pendapat anda, nyatakan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh penjaga
panggungnya untuk mengubah kehidupannya agar menjadi lebih baik? [3
markah]
(iii)
Huraikan
satu pengajaran yang terdapat dalam
petikan cerpen di atas dan satu pengajaran
yang lain daripada keseluruhan cerpen itu. [4
markah]
JAWAPAN CADANGAN
Soalan
2(b)- Petikan Prosa Moden
i)
Nasihat
yang diberi oleh si hero kepada penjaga panggung:
-kembalilah
menjadi diri sendiri [1m]
-kehidupan di
luar panggung lebih menuntut perjuangan yang
sebenarnya [1m].
-lupakan
kehidupan di dalam panggung [1m].
-kehidupan di
panggung hanya sementara [1m]
(Pilih 2 daripada mana-mana jawapan)
ii)
Tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk
mengubah kehidupan menjadi
lebih baik:
-mendalami
ilmu/melanjutkan pelajaran/belajar bersungguh-sungguh [1m]
-sentiasa
berdisiplin dalam menjalankan sesuatu tugas[1m]
-sentiasa
merujuk/mendengar nasihat orang yang lebih
berpengetahuan/berpengalaman [1m]
-mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan [1m]
(Pilih
3 jawapan di atas atau mana-mana jawapan yang sesuai)
iii)
Pengajaran yang terdapat dalam petikan
cerpen:
-Kita
hendaklah yakin akan kebolehan dan keistimewaan diri sendiri.Contohnya, Si
Hero menasihati si penjaga panggung agar yakin akan kebolehan diri sendiri.[2m]
-Kita
mestilah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Contohnya, hero berjaya memegang watak yang diamanahkan [2m].
Pengajaran
yang lain daripada keseluruhan cerpen:
-Kita mestilah
menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya, si penjaga panggung
menyayangi isteri dan anak-anaknya []m).
-Kita hendaklah
berfikiran rasional dalam menjalani kehidupan.Contohnya, isteri si penjaga
panggung sering menasihati suaminya agar sedar akan realiti kehidupan [2m].
(Pilih
2 jawapan di atas atau mana-mana jawapan yang sesuai)
TANGGAR AMANAT
Pencernaan Peristiwa Penting Terhadap aspek komsas
Peristiwa
|
Nilai
|
Persoalan
|
Pengajaran
|
Perwatakan
|
Adam menyayangi isterinya Hawa dan kandungan
isterinya yang berusia 4 bulan.
|
Kasih sayang
|
Kasih sayang seorang suami kepada isterinya.
|
Seorang suami hendaklah menyayangi isterinya dan
tinggal bersamanya pada setiap masa.
|
Adam menyayangi isterinya Hawa dan kandungan
isterinya yang berusia 4 bulan.
|
Hawa gigih meneruskan perniagaan warisan Ahmad
Abdullah di Amerika Syarikat.
|
Kegigihan
|
Kegigihan dalam melakukan pekerjaan.
|
Kita mestilah gigih melakukan sesuatu pekerjaan
untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.
|
Hawa gigih meneruskan perniagaan warisan Ahmad
Abdullah di Amerika Syarikat.
|
Adam yang bersikap patriotisme mengajak Hawa pulang
ke Malaysia untuk meneruskan perniagaan warisan Ahmad Abdullah di Malaysia.
|
Nilai patriotisme iaitu cinta akan negara.
|
Persoalan patriotisme iaitu semangat cinta akan
negara.
|
Kita hendaklah mengamalkan sikap patriotisme iaitu
mengutamakan negara sendiri daripada negara orang lain.
|
Adam yang bersikap patriotisme mengajak Hawa pulang
ke Malaysia untuk meneruskan perniagaan warisan Ahmad Abdullah di Malaysia.
|
Adam bersabar memujuk Hawa untuk kembali ke
Malaysia.
|
Kesabaran
|
Kesabaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam
keluarga.
|
Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi dan
menyelesaikan sesuatu masalah.
|
Adam bersabar memujuk Hawa untuk kembali ke
Malaysia.
|
Hawa tidak berputus asa untuk mendapatkan anak
walaupun sudah 8 tahun berusaha.
|
Tidak berputus asa.
|
Tidak berputus asa dalam kehidupan.
|
Kita hendaklah tidak berputus asa dalam mendapatkan
sesuatu perkara.
|
Hawa tidak berputus asa untuk mendapatkan anak
walaupun sudah 8 tahun berusaha.
|
CONTOH SOALAN
1.
Baca Petikan di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
"Nendamu berpesan, tetap teguhlah di Yellowstone, jaga sayap niaga waisan berzaman. Akauntabiliti bonda di sini. Moyang-poyangmu, Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah, bermula dengan chalet di pinggir jalan menuju Gibbon Waterfall, kemudian merebut ruang di Canyon Village, Mammoth Hot Springs, Jackson City, Hayden Valley ... ."
"Bonda merebut ruang di Devils Tower, begitu banyak khidmat yang bonda tawarkan hingga kepada kursus motivasi musim bunga. Peserta-peserta, rata-rata orang putih, dimotivasikan oleh keturunan Melayu Ahmad Abdullah. Cukup membanggakan."
Dia dimercupi bahagia, menerima pujian anakanda.
"Tapi bonda patuhilah pujukan ayahanda. Kembalilah ke Malaysia."
"Perusahaan turun-temurun di Yellowstone ini?"
"Bonda boleh usahakan yang lain, di tempat lain meski cabaran dan tentangannya berbeza. Kenapa bonda masih mahu alirkan keuntungan ke dalam peti negara angkuh itu? Bukankah dolar itu digunakan untuk membiayai Israel memusnahkan negara-negara Islam. Bonda membiayai penumpasan saudara seagama sendiri!" Dia terdiam menerima bangkangan anaknya.
"Yellowstone akan meledakkan kemarahannya, bonda."
"Lari dari Yellowstone belum pasti selamat."
"Kenapa, bonda? Kerana jangkaan geologis bahawa letupan itu akan menyebabkan suhu dunia tidak tentu hala? Awan debu tebal menghalang pancaran matahari ke bumi? Hujan asid akan melanda dunia?"
Dia terperangah menerima soalan bertalu-talu.
"Siapa tahu kita antara yang bakal selamat daripada bahana hujan asid? Benar kata ayahanda, lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain adalah satu usaha. Allah menggesa umatnya berikhtiar, bonda. Kalau Ahmad Abdullah masih hidup, barangkali dia akan memberitahu bonda."
"Beritahu apa?"
"Selamatkan keturunan Ahmad Abdullah."
Dia tertampar.
i) Berikan maksud membiayai penumpasan. (2 markah)
ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita harus mengambil kira pendapat orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan dan tindakan? (3markah)
iii) Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran daripada cerpen. (4 markah)
JAWAPAN CADANGAN
i) Maksudnya ialah menyumbang perbelanjaan kemusnahan / kekalahanii) Pada pendapat saya, kita harus mengambil kira pendapat orang lain untuk membuat perbandingan dan untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat.
iii) Pengajaran daripada petikan ialah kita hendaklah bijak dalam berhujah. Si anak berjaya meyakinkan bondanya bahawa usaha perniagaan boleh dilakukan di tempat lain. Pengajaran daripada cerpen ialah kita hendaklah sabar dengan kerenah ahli keluarga. Adam tidak jemu-jemu memujuk Hawa yang enggan berpindah ke Malaysia.
PAUTAN KE BLOG BERINFORMASI
http://bmspm.net/menukomsast52011.htm
SEMOGA ISTIQAMAH MENGULANG KAJI ISI PELAJARAN HINGGA DETIK TERAHIR SPM MENJELANG.
Comments
Post a Comment