ULANG KAJI SAAT AKHIR : NOTA DAN SOALAN CERPEN HARGA REMAJA SPM 2015

CERPEN HARGA REMAJA 

Tingkatan 4

1.Ibu dan Ceper

2.Pemain  Catur 

3. Melissa

4. Biarkan Samudera



NOTA RINGKAS




IBU DAN CEPER


Pencernaan peritiwa-peristiwa penting kepada aspek-aspek cerpen.

Tema : Tentang alam sekitar yang mempunyai kaitan dengan ragam kehidupan 
             masyarakat kampung.



Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan
1.Peristiwa aku yang mencintai dan menyayangi Sungai Ceper sama seperti aku mencintai dan menyayangi ibunya.
Kasih sayang.
a.Kasih sayang seorang anak kepada ibunya.
b.Menyayangi alam sekitar.
a.Kita hendaklah menyayangi ibu yang banyak berjasa kepda kita supaya hidup akan lebih diberkati.
b.Kita hendaklah menyayangi alam sekitar kerana alam sekitar banyak memberi kebaikan kepada kita.
Aku seorang yang penyayang iaitu menyayangi ibunya dan alam sekitar.
2.Peristiwa ibu yang sentiasa bekerja mengusahakan sawah padi.
Kerajinan.
Kerajinan semasa melakukan kerja bagi menyara kehidupan.
Kita mestilah rajin melakukan kerja supaya kita mendapat hasil yang banyak.
Ibu rajin berusaha untuk mendapatkan rezeki bagi menyara keluarga.
3.Peristiwa ibu yang pergi bergotong-royong dan menziarahi jenazah bersama-sama keluarga.
Semangat bermasyarakat.
Semangat bermasyarakat dalam sesebuah kampung.
Kita hendaklah mengamalkan nilai semangat bermasyarakat dalam kehidupan seharian.
Ibu seorang yang mengamalkan sikap semangat bermasyarakat seperti bergotong-royong di tempat kenduri.
4.Ibu bersusah payah menimba air telaga yang dalam ketika kemarau untuk kegunaan seharian.
Ketabahan.
Ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup seperti kemarau.
Kita hendaklah tabah menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan masalah.
Ibu seorang yang tabah menghadapi musim kemarau yang berpanjangan.

CONTOH SOALAN (Soalan Percubaan Sekolah Berasrama penuh)

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen 
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 

      Selesai saja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya. Begitulah Ceper pun, tetapi waktu malam Ceper cergas juga, malah terasa lebih cergas lagi kerana dari rumahku dapat juga kudengar ngauman Ceper, terutama sewaktu air pasang, kerana di hulu hujan turun dengan lebatnya. Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari. Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata. Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiangtiang rumah kami. 

(Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad 
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.) 

(i) Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu Sungai Ceper turun tidak berhenti-henti.
                                                                                                                              [2 markah] 

(ii) Masalah banjir sering menjejaskan pendapatan para petani. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah banjir di negara kita?                                                                                                                             [3 markah]

 (iii) Huraikan satu latar masyarakat berdasarkan petikan cerpen dan satu latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini.                                                                                                                                                                                                       [4 markah]

SKEMA JAWAPAN

Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen 

(i) Kesan yang terjadi apabila hujan tidak berhenti-henti : 
- Air sungai menjadi keruh macam air susu. 
- Sampah sarap dipunggah bersama. 
- Menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya.
 - memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata. 
- Air sungainya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya.
 - Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu sahaja. 
- Bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah.

 (Isi cukup- 2) [maksimum 2 markah] 

(ii) Cara-cara mengatasi banjir di negara kita:
 - Pihak berwajib /Jabatan Parit dan Saliran (JPS)/ Majlis Perbandaran/Orang kampung / perlu memperdalam dasar sungai/ parit.
 - Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada membuang sampah ke dalam sungai/ parit/ longkang. - Orang ramai tidak menyalurkan sisa kumbahan/ najis ke dalam sungai.
 - Pihak pemaju perumahan sepatutnya merancang pembangunan secara sistematik 
- Longkang yang dibina sepatutnya luas dan serta mampu menampung jumlah air yang banyak pada masa banjir.
 - Kawasan tadahan hujan di lokasi tanah tinggi sepatutnya dipelihara dengan baik.
 - Kegiatan pembalakan dan pertanian perlu dikawal agar pokok yang boleh menapis air hujan sebelum jatuh ke tanah dan diserap masuk dengan perlahan dan terus menemui aras air bumi semula jadi. 
- Kegiatan pembalakan dan pertanian di kawasan tanah tinggi juga perlu dikawal.
 - Orang ramai perlu mengadakan gotong-royong untuk membersihkan sampah sarap yang terdapat di dalam sungai.
(Isi cukup 2) [ Maksimum 3 markah] 

 iii) Satu latar masyarakat berdasarkan petikan cerpen 
- Masyarakat yang rajin bekerja. (1+1) 
Contoh: Selesai saja subuh, ibu akan ke sawah/ menetak mengkuang di paya
 - Masyarakat yang saling membantu/masyarakat yang bekerjasama.
 Contoh: Ibu akan berderau di rumah kenduri atau menziarahi mayat. 
- Masyarakat yang gigih bekerja. (1+1) 
Contoh: ibu tidak lagi cergas pada waktu malam akibat dia terlalu penat bekerja pada waktu siang. - Masyarakat yang tabah. (1+1) 
Contoh: ibu bangun awal pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa-apa ujian atau cabaran pada siang hari.

 Satu latar masyarakat berdasarkan keseluruhan cerpen.

 - Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup. (1+1) 
Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau. 

- Masyarakat yang tidak bertanggungjawab (1+1) 
Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. 

- Masyarakat yang bertanggungjawab (1+1)
 Aku dan isteri membantu menguruskan ibu yang lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi dan mengambil alih kerja-kerja sawah. - 

Masyarakat yang cinta akan alam sekitar (1+1) 
Ibu sangat sayang akan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya 

- Masyarakat yang mencemarkan sungai. (1+1) 
Sikap masyarakat yang tiada tanggungjawab menjaga sungai yang telah menjadi sumber rezeki kepada penduduk kampung 

(Isi cukup 2) [ Maksimum 4 markah]


PEMAIN CATUR

Pencernaan peritiwa-peristiwa penting kepada aspek-aspek cerpen.

Tema : Perbalahan dan perpecahan ahli keluarga yang disebabkan oleh sikap tidak mahu mengalah dalam permainan catur antara adik-beradik.

Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan
1.Kesungguhan Uj menggilap bakat kemahiran bermain catur Um supaya menjadi pakar catur dunia.
Tanggungjawab
Tanggungjawab mengembalikan kegemilangan keluarga demi masa depan keluarga yang cerah.
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab demi kegemilangan keluarga.
Uj seorang abang yang menjalankan
tanggungjawab menggilap bakat Um dalam permainan catur.
2.Uj selaku peneraju keluarga sentiasa memberi keutamaan dan keistimewaan kepada Um berbanding adik-beradik yang lain dalam segala hal.
Tidak pilih kasih.
Bersikap tidak pilih kasih dalam keluarga.
Kita hendaklah bersikap tidak pilih kasih dalam memberi perhatian kepada adik-beradik untuk mengelakkan perselisihan faham.
Uj mengamalkan sikap pilih kasih kerana hanya memberi sepenuh perhatian kepada Um dalam banyak perkara berbanding adik-beradik yang lain.
3.Uk membuat fitnah bahawa Um berusaha untuk mengalahkan Uj bagi mendapatkan rasa hormat dan sanjungan keluarga.
Kebersihan jiwa.
Fitnah yang wujud kerana perasaan hasad dengki.
Janganlah kita membuat fitnah disebabkan hasad dengki kerana ia boleh menjejaskan hubungan antara ahli keluarga.
Uk sanggup membuat fitnah bahawa Um mahu mengatasi kehandalan Uj bermain catur kerana dirinya tidak diberi perhatian oleh Uj.
4.Walaupun Um sedang berlatih bermain catur bersama abang sulungnya, Um sentiasa bimbangkan penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh ibu mereka.
Prihatin.
Prihatin terhadap penyakit ibu.
Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap kesihatan ibu dan keluarga kerana itu adalah tanggungjawab kita.
Um seorang yang prihatin dan sentiasa bimbangkan penyakit darah tinggi yang dihidapi oleh ibunya.

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Uk berbisik suatu khabar buruk, kononnya Um tekun menelaah buku besar dan tebal mengenai permainan catur yang dibeli dengan harga mahal dari luar negara.
“Untuk apa?” Uj mengerutkan dahi. Dia benar-benar tidak senang dengan bisikan tersebut.
“Khabarnya Um mahu mengatasi kehandalan Uj.”
“Untuk apa?”
“Apalagi kalau bukan rasa hormat dan sanjungan keluarga?”
“Siapa Um yang hendak mengalahkan aku? Aku, Uj, sudah memiliki gelaran IGM. Engkau tahu kan, Uk?”
“Semua orang pun tahu. Um baru tiga tahun lalu berjaya meraih gelaran NM. Kemudian dengan pertolongan dan pengaruh Uj, barulah Um mendapat FM. Semua keluarga kita tahu, dia belum pun berjaya memiliki IM. Jadi siapakah Um kalau hendak menewaskan Uj pemilik IGM?” Uk menjadi batu api membakar perasaan Uj.
“Dia tidak sabar menunggu Abang Uj menyerahkan kuasa. Itulah hakikat yang sebenar.”
Dengan berang, Uj memaksa Um supaya mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan keluarga. Tujuannya cuma satu: untuk memperlihatkan bahawa Um masih terlalu mentah jika dibandingkan dengan dia. Dia masih wajar dihormati dan disanjungi. Perjalanan Um masih jauh jika dibandingkan dengan Uj.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur
oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


Soalan dan skema Jawapan

(i) Berdasarkan petikan, nyatakan khabar buruk yang dibisikkan oleh Uk kepada Uj ?
- Um kononnya tekun menelaah buku besar mengenai permainan catur
- Um ingin mengatasi kehandalan Uj
- Um tidak sabar menunggu Uj menyerahkan kuasa kepadanya.
(2 markah)
(ii) Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Uk?
- menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut
- memanggil Um untuk bersemuka
- bertanyakan hal yang sebenar kepada Um sendiri
(3 markah)
(iii) Huraikan satu perwatakan Uj berdasarkan petikan di atas, dan satu perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Perwatakan Uj berdasarkan petikan
- Seorang yang bangga dengan kedudukannya, - dia berbangga dengan kemahiran bermain catur yang dimilikinya
- Seorang yang panas baran - Uj berasa berang apabila mendengar kata-kata Uk lantas memaksa Um mengadakan perlawanan secara terbuka.
[2 markah]
Perwatakan lain dalam cerpen
- Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga - Uj berusaha melatih adiknya Um bermain catur agar dapat meneruskan legasi keluarga mereka dalam permainan itu.
- Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu menaikkan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia.
- Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi penguasaan keluarganya.
[2 markah

CERPEN  MELISSA

Pencernaan peritiwa-peristiwa penting kepada aspek-aspek cerpen
Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan
1.Hisyam berlari pulang ke rumahnya untuk bersembahyang maghrib di masjid yang terletak di hujung jalan tempat tinggalnya.
Keagamaan iaitu patuh kepada ajaran agama.
Kepatuhan kepada ajaran dan suruhan agama.
Kita hendaklah sentiasa mematuhi dan menunaikan segala suruhan agama kerana itu adalah pegangan hidup kita.
Hisyam seorang yang patuh kepada ajaran agama yang menggalakkan umatnya sembahyang berjemaah di masjid.
2.Mellisa yang amat bersimpati dengan wanita Cina yang mengalami kecacatan pada bahagian pipi dan kematian tunang yang disayanginya.
Bersimpati dan belas kasihan.
Simpati dan belas kasihan kepada orang lain yang mengalami musibah.
Kita haruslah sentiasa bersimpati dan belas kasihan kepada orang lain yang mengalami musibah atau kesusahan untuk menjamin keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
Mellisa seorang yang mudah bersimpati dan belas kasihan terhadap orang yang mengalami musibah.
3.Wanita Cina yang tidak menyimpan perasaan kesal dan dendam terhadap Jamilah malah masih akrab seperti saudara sejati.
Sedia memaafkan.
Sedia memaafkan kesalahan orang lain.
Kita hendaklah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain yang melakukan kesalahan terhadap kita supaya semangat perpaduan dapat dipupuk.
Wanita Cina yang tidak menaruh perasaan kesal dan enggan membalas dendam terhadap orang lain yang melakukan kesalahan terhadapnya.
4.Hisyam cuba membantu Atan daripada diusik oleh budak nakal di kampungnya.
Tolong-menolong.
Tolong-menolong terhadap orang lain yang menghadapi masalah.
Kita hendaklah bersedia membantu orang yang berada dalam kesusahan dan sememangnya mengharapkan pertolongan orang lain kerana itu adalah tanggungjawab kita.
Hisyam seorang kanak-kanak yang suka menolong orang lain yang ditimpa kesusahan.
5.Mellisa yang akhirnya telah menyertai angkatan tentera demi perasaan cinta akan negaranya.
Semangat cinta akan negara.
Semangat cinta akan negara dengan menyertai angkatan tentera bagi mempertahankan kemerdekaan tanah air.
Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara agar kuasa luar tidak boleh menceroboh dengan sewenang-wenangnya.
Mellisa seorang yang mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi serta sanggup berkorban demi negara.
    
 CONTOH SOALAN


PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PERLIS 


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 
      
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan kenalan di sana.
    
     Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman. “Ini Syahid,” kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya. “Rasanya kita sudah pernah berjumpa,” kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya. Nama Syahid yang selalu muncul dalam akhbar itu kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.
 “Yakah?” Hanya itu yang keluar daripada mulutnya. 

      Dia ditinggalkan di bilik Syahid, sebuah ruangan yang berbentuk kotak. Duduk di kerusi menghadap kepadanya. Syahid mulai membuka cerita. Berbagai-bagai ceritanya. Tetapi anehnya dia tidak mengulangi lagi ucapannya tadi tentang pernah berjumpa dengannya dahulu. Barangkali juga itu hanya suatu helahnya sahaja, suatu gimik mahu memancing kemesraan. Demi Tuhan, kalau ada pancingannya pun, dia sendiri sudah mulai jatuh hati dengan anak muda ini. Keberaniannya telah mengusik hatinya. Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam di atas bibirnya itu kelihatan agak lucu, bergerak-gerak apabila dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona. 

      Adakah ini cinta pandang pertama? Wajahnya itu benar-benar mirip Hisyam. Kalau Hisyam ada di situ tentulah mereka berdua akan dikatakan saudara kembar. Hanya kumisnya itu yang membezakan mereka. Tetapi bentuk tubuh boleh berubah apabila kita semakin dewasa. Hisyam pun kalau ada sekarang ini, mungkin juga kurus seperti Syahid. Tubuhnya dahulu agak berisi tetapi dia mempunyai tanda-tanda akan tinggi seperti bapanya. Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sifatnya yang terbuka itu menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta kepadanya dengan pertemuan pertama itu. Melihat gerakgerinya yang agak kaku itu dia rasa yakin tentang anggapannya. 

                                       (Dipetik daripada „Mellisa ‟


 dalam Antologi   Harga Remaja, DBP, 2009)
 
(i) Apakah perubahan emosi yang berlaku kepada Mellisa sebaik-baik sahaja dia diperkenalkan kepada Syahid?                                                              [2 markah]
 
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengekalkan hubungan persahabatan?                                                [3 markah]


 (iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai yang lain daripada keseluruhan cerpen.


SKEMA JAWAPAN                                                                    
                                                                                                                  

(i) Perubahan Emosi
- perasaannya tergugah/terkejut - mukanya merah padam
 - perasaannya gementar/gugup
                                                                                                                                      [Maksimum : 2 markah]
(ii) Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan;

- sentiasa membantu rakan ketika menghadapi kesulitan/membantu ketika susah 
- sentiasa bertanya khabar/menelefon/menghubungi rakan 
 sentiasa mendoakan kesejahteraan 
- memberi hadiah atas kejayaan/hari jadi - sentiasa bersedia untuk mendengar masalah/perasaan
 [Maksimum : 3 markah]
(iii) Nilai 

 Nilai yang terdapat dalam petikan cerpen

 - setia kawan Contoh: Mellisa menghargai persahabatannya dengan Hisyam
 - tolong-menolong / bantu-membantu Contoh: Syahid menolong menyiarkan makalah yang dihasilkan oleh Farid
- keyakinan Contoh: Mellisa yakin tentang anggapannya terhadap Syahid 
- kerajinan/kegigihan - Contoh: Syahid rajin menghasilkan rencana untuk disiarkan dalam akhbar. 
[Maksimum : 2 markah]
Nilai daripada keseluruhan cerpen

- kasih sayang Contoh: Mellisa menyayangi Hisyam dan berjanji untuk mendirikan rumah tangga apabila besar nanti. 
- kesabaran Contoh: Mellisa sabar menyiapkan tesisnya tentang peristiwa 13 Mei 1969. - kesetiaan Contoh: Mellisa setia terhadap Hisyam walaupun Hisyam telah meninggal dunia.
 - patriotisme / cinta akan negara Contoh: Mellisa sanggup berkorban untuk bangsa dan negara dengan akhirnya menyertai angkatan tentera. 
- keberanian Contoh: Pada zaman kanak-kanak, Hisyam berani melindungi Mellisa daripada diganggu oleh seorang anak lelaki Inggeris. - 
perpaduan Contoh: Peristiwa 13 Mei berlaku akibat tiadanya perpaduan antara masyarakat. 


[Maksimum : 2 markah)

BIARKAN SAMUDERA




Pencernaan peritiwa-peristiwa penting kepada aspek-aspek cerpen
Peristiwa
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Perwatakan
1.Hakimah berjanji untuk menyelesaikan konflik jiwa yang dialami oleh Mir.
Tolong-menolong.
Tolong-menolong dalam kalangan masyarakat untuk menyelesaikan masalah.
Kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap tolong-menolong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain agar kita dapat hidup dalam suasana harmoni.
Hakimah seorang yang suka menolong rakan karibnya yang sedang menghadapi masalah.
2.Ibu Hakimah menasihati Hakimah supaya tidak membiarkan jiwa Mir kosong. Sebaliknya harus diisi dengan nur (cahaya).
Nasihat-menasihati.
Nasihat-menasihati dalam kalangan individu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kita haruslah memberikan nasihat yang berguna untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh orang lain agar hidup kita lebih bahagia.
Ibu Hakimah bersikap baik hati untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain.
3.Ayah Mir akur akan suratan takdir yang menimpa dirinya.
Rasional.
Percaya kepada kehendak dan suratan takdir yang ditetapkan Tuhan.
Kita janganlah terlalu berserah kepada kehendak dan suratan takdir yang berlaku kepada diri kerana kita harus mengubah keadaan.
Ayah Mir akur dengan suratan takdir yang menimpa diri dan keluarganya.
4.Ibu Hakimah meminta Hakimah agar menasihati Mir supaya sentiasa membaca al-Quran serta mengajar Mir mengenal Than yang satu sekiranya ingin memperoleh ketenangan dan kebahagiaan.
Keagamaan.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Kita haruslah kembali kepada ajaran agama untuk memperoleh ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan yang serba mencabar.
Ibu Hakimah memberi telekung kepada Mir untuk mengajar Mir mengenal Tuhan.



Tema : Konflik jiwa remaja (Amira/Mir) yang dikaitkan secara simbolik dengan gelora samudera yang terancam.





 CONTOH SOALAN

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu.  Ayah ialah samudera. Samudera ialah ayah.” Mulut Mir terus sahaja terkumat-kamit.
Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanya menjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik kepada Mir.
Siapa lagi yang ada di kampus hijau ini melainkan dia? Mir tidak ada orang lain lagi. Ibu Mir tidak ada sebaik saja Mir dilahirkan. Mir cuma ada seorang ayah yang sudah tua.
Mir tidak memiliki apa-apa pun selain orang tua yang bersemangat waja itu. Mir tidak ada setapak tanah pun miliknya yang sah. Benarlah. Mir kecawa.
“Samudera itu juga terseksa seperti aku, Hakimah. Dia sakit. Dadanya bergelora. Dia disakiti oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka tidak berhati perut. Mereka sengaja mahu melihat samudera menderita.”
Mir menyeringai. Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah. Ayah menggawang-gawangkan pukatnya. Ayah mengacung-acungkan pendayungnya.
“Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang saban waktu membelah samudera.”                                          

                        (Dipetik daripada cerpen Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh                             dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i)        
S       SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN

           I)  Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir?
- Sahabat baik
- Mir tidak ada ibu
- Ayahnya sudah tua
- Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang
   sah                                                                                                   [2 markah]

ii)         ii)Pada pendapat anda, nyatakan  tiga punca berlakunya pencemaran laut?
- Pembuangan sisa toksik kilang
- Tumpahan minyak dari kapal
- Pembuangan bahan sisa domestik
- Pembuangan sisa  kotoran dari ladang ternakan
- Pembangunan di kawasan pesisir pantai.                                  [3 markah]

iii)     iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen.

Persoalan daripada petikan
- Pencemaran laut – laut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya
  bergelora  kerana disakiti oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
- Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senang-
   Hakimah adalah sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta
  berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.
                                                                                                            [2 markah]
   Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- Persoalan menghargai alam sekitar (laut) – ayah Mir sangat menghargai
  dan menyayangi laut sehingga tidak boleh dipisahkan dengan laut.
- Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan
   hidup  mirah mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib
   keluarganya yang hidup dalam kesempitan.
                                                                                                                         (2 markah)

SELAMAT MENGULANG KAJI


                                                       SEMOGA BERJAYA




Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5