NOTA NOVEL MENITI IMPIAN ; TEKS KOMSAS TINGKATAN 2
NOVEL : MENITI IMPIAN
SINOPSIS BAB DEMI BAB
BAB
|
SINOPSIS
|
1
|
Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya
Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang
sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf. Mak Temah datang membawa dulang berisi air
kopi dan dua pinggan bihun. Mak Temah meminta maaf daripada Zahar kerana
lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf
kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman
kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf
supaya menyediakan makan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar
makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang
sedang dibuat oleh mereka ini di siapkan lebih awal supaya dapat mengatasi masalah
ketiadaan tempat meletak kasut di surau. Pak Imam pasti sangat gembira dan
mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih
awal daripada yang diminta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan
tinggi. Dia hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil
tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah kerana berkualiti. Pak Yusuf
bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM ,namun Zahar masih lagi menunggu
keputusan yang dijangka keluar pada minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu
hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang
yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini ialah bapa saudaranya Pak
Yusuf.
|
2
|
Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar dan terus bertanya sebab Zahar tidak pulang
makan tengah hari di rumah. Zahar menjelaskan bahawa dia makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai
hati menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping
surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari fizikal surat tersebut Zahar dapat
mengagak bahawa surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar
tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabut di IKM
Sungai Petani. Setelah selesai solat
magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di bangku luar masjid. Bakar
mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha
mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah
ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada zahar. Bakar
mengusik Zahar tentang hubungannya dengan suhaili yang merupakan rakan rapat
Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM
dan sudah berada di Tahun tiga serta sedang menunggu keputusan peperiksaan
akhir. Zahar membaca semula surat tawaran memasuki IKM yang terletak di atas
meja. Surat itu dengan pantas mengembalikan ingatannya ke alam persekolahan
yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar
bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran
yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.
|
3
|
Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan
suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah dipasang di kampung
mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili
telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili
dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan
hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbas kembali kenangan sewaktu berada
di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar
untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali
Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar
oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam dan semasa peperiksaan
berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan
peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu bahawa
dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
|
4
|
Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan
menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk sambil minum di
sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak diketahui
oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita
yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City Point
sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga
menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya.
Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju
juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka segera ke Restoran KFC yang terletak di sebelah
kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka bertanya khabar. Sambil
menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar
memberitahu bahawa dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke
IKM. Suhaili memandang rendah dan mempersoalkan cabaran yang pernah
dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar
menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran yang pernah dibuat oleh Suhaili tetapi
memberikan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya.
Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin
membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili
tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili
tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa
curiga dan mengekori Suhaili tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili
menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia
lingkungan tiga puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.
|
5
|
Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan
muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia
bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dan memberikan alasan
yang lain. Mak Temah bertanya Zahar ke mana Zahar pergi semalam kerana dia tidak kelihatan di rumah. Zahar menyatakan bahawa
dia ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM.
Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.
|
6
|
Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan
menaiki teksi kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Teksi tersebut juga
dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam
perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM.
Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai peluang kerja yang baik dalam sektor
kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas kejadian Suhaili dan pemuda
kacak di Alor Setar tempoh hari. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke
tempat pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak
Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki
separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan Zahar
kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak perempuanya yang
bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil
memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan
seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak
Yusuf bergerak ke asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang pelajar yang sedang
berkerumun di hadapan papan kenyataan. Zahar membaca poster berkenaan minggu
suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 230 petang.
Zahar kembali melangkah diikuti pak Yusuf dengan persoalan yang bermain di
fikirannya iaitu tentang minggu suai
kenal tersebut.
|
7
|
Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada
waktu petang selepas pendaftaran bermula program orientasi pelajar baharu
IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru berkumpul di padang untuk
tujuan gotong royong. Zahar bersama-sama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan
belakang IKM yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh seorang pelajar
senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah
ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran.
Selepas selesai gotong royong mereka diarahkan ke dewan makan untuk
minum petang. Setelah selesai minum pelajar diberi masa untuk berehat dan menguruskan
diri. Program disambung pada sebelah malamnya.
|
8
|
Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru
telah ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu
Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi peluang kepada
pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya
cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabut.
Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel.
Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor menyimpan pelbagai jenis kayu dan papan
bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat
deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu
Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada
pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua
pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh
menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah
orang yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas
minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama sejak selesainya
minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah.
Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat
lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.
|
9
|
Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah
beberapa minggu berada di IKM. Zahar
berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke
kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal
menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas
itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana
agak riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada
hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah
pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi
ke rumah pak karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus turun
untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak Yusuf dan
isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk kebangsal pertukangan Pak Yusuf
melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari
pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum
bahawa perabot yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik
tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahir
terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di sapa oleh Pak Yusuf
yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar bilakah dia
sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar
mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut.
Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf.
Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak
Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar
untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.
|
10
|
Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk.
Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang
imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak
RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang
itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar
segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang
melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah menyatakan ada
surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar
menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi
tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat
sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan
orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta
semula surat itu daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan
mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah
pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat
di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan
membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh suhaili. Isi surat tersebut
menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing
memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan
yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada
masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut di situ sahaja dan
terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar
meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu
Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali pada
surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya
terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya .Zahar berazam untuk
membuktikan bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam hidup yang
penuh pancaroba ini.
|
11
|
Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima
Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat
tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi
tahu perkara sebenar yang di hadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar
yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya bermain
bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas
sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap
agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta
Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari
tengah padang dan Maarof berlari-lari anak menghampiri zahar dan mengajak
Zahar dan mengajaknya berlatih bersama kerana kekurangan pemain.
|
12
|
Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan
penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar.
Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal
dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan
tepukan kepada Zahar. Zahar dengan
rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya bergantung kepada
dirinya seorang tetapi kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof
juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemas permainan bagi
menghadapi perlawanan akan datang.
|
13
|
Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak antara
pasukan bola IKM Alor Setar dan pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit.
Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi perlawanan tersebut
dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan
menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang memberikan
sokongan di tepi padang. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu
meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang.
Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar
untuk mengeratkan perhubungan.
|
14
|
Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar
ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat persediaan untuk
peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan asas. Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi
sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar
memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir, Zahar berasa cukup puas hati dengan hasil
kerjanya. Bila peperiksaan disambung pada keesokan harinya, Zahar semakin yakin dengan
kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua pelatih bercuti
semester selama tiga minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar
untuk mempraktikkan kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf
di bengkelnya.
|
15
|
Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan
Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik. Cuma
mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili untuk sampai ke
rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan
lagi awamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas sarapan
pagi, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan
Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan
perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi
itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang
akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan membuat perabot.
|
16
|
Setelah tiga bulan menunggu dengan penuh debaran,
keputusan peperiksaan yang di nanti-nantipun diumumkan. Zahar telah lulus
dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum girang kerana hanya seorang
sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulang semula peperiksaan. Cikgu
Baharum memberi nasihat kepada semua pelatihnya agar tidak lalai dan berpuas
hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan
peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan
Perabot tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas. Norimi juga
mendapat keputusan yang cemerlang.
|
17
|
Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat.
Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif
kerana akan menduduki dua peperiksaan dalam masa yang singkat. Zahar tidak
menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada ibu dan dorongan daripada Pak
Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya
dalam peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili
kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas, banyak
membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan peringkat
pertengahan. Peperiksaan akhir sijil
IKM pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan.
Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin.
Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih dimaklumkan
mengenai latihan di dalam loji yang diwajibkan kepada mereka. Zahar yang
tidak banyak kerenah dan sanggup dihantar ke mana-mana sahaja, menerima dengan senang hati tawaran
latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak. Begitu
juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji
pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan telah diadakan secara sederhana
sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih
yang telah tamat kursus mereka. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak
formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana
mengenangkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir selepas peperiksaan berlangsung.
|
18
|
Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan
kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah zahar berpeluang membantu
pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani
latihan di dalam loji di kilang
perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut
ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik
Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk
melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar
berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali
yang mengajaknya tinggal bersama-sama.
|
19
|
Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam
pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada waktu itu. Perasaan
Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk meneruskan
kerjanya. Suhaili berjalan ke bahagian Personel yang terletak
tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit
Personel bertanyakan tentang Zahar.
|
20
|
Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat
menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di kilang. Dia mudah
didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu mesra walaupun baru
dua minggu bertegur sapa. Zahar
bertuah dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah.
Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar
dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran
ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan
berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin
berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka
namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih
pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun
meninggalkan bilik dengan tergesa-gesa.
|
21
|
Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah
pulang dari kerja. Dia teringat rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang merupakan kawannya di
IKM. Surat tidak sempat untuk dihantar kerana dia tidak ada perasan untuk menulis surat. Ketika
mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar
berhenti menulis dan menikmati minum
petang bersama Razali. Ketika minum bersama, razali bertanyakan Zahar yang
kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada
mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa
menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.
|
22
|
Setelah berbulan-bulan menjalani latihan, Zahar menerima
berita gembira iaitu dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar Suhaili cuba
berbaik semula dengannya tetapi dia masih mampu mengelak daripada berselisih
dengan Suhaili. Dia juga tahu bahawa Suhaili masih berhasrat untuk
menemuinya. Bukan dia tidak mahu menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada
gunanya dia menemui Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut hanya
akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap dipadamkannya
dengan apa jua cara. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika
tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya
dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih
tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata
puitis dan ada persoalan yang sukar
untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional.
Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita
yang belum tercapai. Tempoh enam bulan menemui kesudahannya. Begitu cepat
masa berlalu meninggalkan kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani
latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis
ringkas yang di adakan untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat
bertemu dengan Suhaili.
|
23
|
Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan
bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak atas tanah
milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan di kampungnya dan
berasa rugi jika pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan tidak di
manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira
mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah
mereka dan Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib
baik kerana pinjaman yang dimohonnya lulus dalam masa yang singkat. Sumbangan
Pak Yusuf dan wang elaun serta sagu hati semasa menjalani latihan di dalam
loji dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama.
Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan
dengan jamuan makan tengah hari.
|
24
|
Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai
setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar
memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi mendukung
makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya semakin maju,
malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih
Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf
memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan perabotnya. Zahar
sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi
perniagaannya. Pihak MARA juga cuba membantu untuk memasarkan barangan
pengusaha-pengusaha perabut bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama
Pak Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk
surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat daripada Suhaili dan
Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar dari mana datangnya surat
tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan
akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.
|
SINOPSIS KESELURUHAN
|
Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi
pelatih di IKM dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja
yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai
cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus
berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya
mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili
merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana
menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami
keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi
dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan
pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabutnya sendiri.
|
TEMA
|
Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya
untuk menjadi seorang usahawan.
- Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang pertukangan kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. - Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu bengkel Pak Yusuf dalam menyiapkan tempahan setiapa kali pulang bercuti di kampung. |
PERSOALAN
|
1. Usaha yang membawa kejayaan
- Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di
IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel
perabotnya sendiri.
2 Minat dan kebolehan diri
-Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara
kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang
tersebut.
-Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan
banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar
cemerlang di IKM.
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja
-Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili
tetapi Suhaili tidakmenyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza.
- Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi
amat cemburu.
4. Keharmonian hidup di kampung -Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. -Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
5. Persahabatan yang ikhlas
- Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar
menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya.
-Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung
saling memberi sokongan antara satu sama lain.
|
PENCERNAAN ASPEK KOMSAS DARIPADA PERISTIWA
DALAM NOVEL MENITI IMPIAN
PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Zahar menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IKM
dan gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan kerana ingin mencapai
cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang.
|
Kegigihan seorang remaja dalam mengejar
cita-citanya
Contoh :
Zahar menerima tawaran melanjutkan
pelajaran ke IKM dan gigih menuntut
ilmu dalam bidang pertukangan kerana ingin mencapai cita-citanya untuk
menjadi usahawan perabot yang cemerlang.
|
Zahar seorang yang gigih berusaha.
Contohnya,
Zahar gigih dan berusaha bersungguh-sungguh semasa berada di IKM sehingga dia
mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Dia juga berusaha
dengan gigih semasa menjalani latihan
praktikal di Loji kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad
|
Nilai
Kegigihan
Contohnya,
Zahar gigih dan berusaha bersungguh-sungguh semasa
berada di IKM sehingga dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap
peperiksaan. Dia juga berusaha dengan gigih semasa menjalani latihan praktikal di Loji kilang perabot Usaha
Bersatu Sendirian Berhad
|
Kita mestilah sentiada gigih berusaha agar dapat
mencapai cita-cita dalam hidup
Contohnya,
Zahar gigih dan berusaha bersungguh-sungguh semasa
berada di IKM sehingga dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap
peperiksaan. Dia juga berusaha dengan gigih semasa menjalani latihan praktikal di Loji kilang perabot Usaha
Bersatu Sendirian Berhad
|
Orang kampung menghadiri dan membantu menyediakan hidangan untuk majlis kenduri kesyukuran di rumah pak karim
dan bergotong-royong mendirikan Bengkel Perabot Meniti Impian di hadapan rumah ibu Zahar
|
Keharmonian dan sikap tolong-menolong masyarakat di kampung.
Contohnya;
Orang kampung menghadiri dan membantu menyediakan hidangan untuk majlis kenduri kesyukuran di rumah pak karim
dan mereka bersama-sama PakYusuf juga bergotong-royong mendirikan Bengkel Perabot Meniti Impian di hadapan rumah ibu Zahar
|
Pak Yusof
seorang yang suka menolong orang lain terutama saudaranya sendiri.
Contohnya,
Pak Yusuf berusaha membantu Zahar mendirikan
bengkel perabot meniti Impian dengan pertolongan dan kerjasama orang kampung
|
Nilai baik hati
Contohnya;
Pak Yusuf sentiasa membantu anak saudaranya Zahar dari semenjak dia menuntut di IKM
sehinggalah ke saat dia menderikan bengkel Perabotnya .
Nilai Kerjasama.
Contohnya, orang
kampung bergotong-royong menyediakan hidangan semasa kenduri di rumah Pak
Karim dan membantu mendirikan Bengkel Perabot Meniti Impian
|
Kita mestilah sentiasa menolong orang yang
memerlukan terutama saudara mara kita sendiri.
Contohnya;
Pak Yusuf sentiasa membantu anak saudaranya Zahar dari semenjak dia menuntut di IKM
sehinggalah ke saat dia menderikan bengkel Perabotnya .
|
Razali ikhlas membantu Zahar ketika
Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya.
|
Persahabatan yang ikhlas
Cotohnya;
Razali ikhlas membantu Zahar ketika
Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya
.
Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di
kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.
|
Razali seorang yang ikhlas.
Contohnya;
Razali ikhlas membantu Zahar ketika
Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya
|
Nilai kejujuran
Contohnya;
Razali ikhlas membantu Zahar ketika
Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya
|
Kita mestilah sentiasa ikhlas dalam memberikan
pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan.
Contohnya;
Razali ikhlas membantu Zahar ketika
Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya
|
Ejaannya bnyak yang slah
ReplyDelete