Bengkel Pemantapan Tatabahasa: Legasi zaaba (Siri pertama)

Tarikh :  24 April  2013(Rabu)
Masa.  : 2.15 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Bahasa
Sasaran : 25 orang pelajar tingkatan 5  ( Kategori  Cemerlang dan Sederhana)
Objektif :  1.Memantapkan kemahiran tatabahasa pelajar
               2.Melahirkan pelajar yang mampu menjadi mentor kepada pelajar             
                  lain dalam aspek  tatabahasa
               3.Meningkatkan pencapaian bahasa Melayu  pelajar dalam 
                  peperiksaan  dalaman dan SPM.
 

     Siapakah Zaaba ? Mengapakah saya memilih nama   LEGASI ZAABA  sebagai nama program pemantapan Tatabahasa . Generasi muda hari ini tidak terkecuali pelajar,  rata-rata tidak mengenali tokoh ini walaupun mungkin pernah mendengar nama ini disebut oleh guru-guru Bahasa Melayu. ZAABA ialah pengarang buku PELITA BAHASA MELAYU.  Buku ini memerihalkan tatacara penggunaan tatabahasa Melayu  yang pertama. Walau bagaimanapun,  perkembangan. Bahasa Melayu memperlihatkan perubahan demi perubahan dalam sistem Tatabahasa Melayu sehingga menjadi seperti hari ini. Tatabahasa  yang dipelajari oleh para pelajar hari ini sudah melalui beberapa fasa perubahan melalui perancangan dan pelaksanaan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk. memperkembang bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.

      Pada hari ini rujukan utama sistem tatabahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Morfologi dan Sintaksis . Lembaran bahagian Morfologi mencerakinkan jenis dan fungsi  bahagian kata dan frasa, manakala Lembaran bahagian  Sintaksis memaparkan  catatan yang memerihalkan aspek  dan fungsi ayat-ayat bahasa Melayu. 

 Mengajarkan tatabahasa Melayu secara berkesan kepada pelajar bukan suatu yang mudah. Guru- guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu dan kemahiran  tatabahasa , malah perlu juga bijak memilih pedagogi yang sesuai . Prakarsa yang sesuai perlu dilaksanakan  agar objektif pengajaran tercapai dan pelajar mampu memahami dan mengaplikasi penggunaan tatabahasasa yang betul dalam proses komunikasi baik secara lisan mahupun penulisan.

   Fenomena yang  berlaku pada hari ini ialah pelajar bukan sahaja tidak mampu bertutur dan menzahirkan idea secara berkesan  secara lisan malah gagal menggunakan tatabahasa yan betul dalam aspek penulisan.  kelemahan dalam aspek penulisan  menyebabkan lontaran idea pelajar tidak dapat diluahkan secara berkesan. Impaknya, pelajar gagal mendapat markah  tahap cemerlang atau baik dalam ujian dan peperiksaan.

       Sebagai guru bahasa Melayu, saya memang cukup sensitif apabila membincangkan isu penggunaan tatabahasa yang betul . Justeru, bengkel pemantapan tatabahasa yang akan dijalankan dalam 5 siri ini diharapkan dapat menjadi wadah pelajar meningkatkan penguasaan tatabahasa. 

   

Kumpulan pelajar Tingkatan 5 Cemerlang dan 5 Dinamik

Kumpulan pelajar 5Bestari dan 5Cemerlang

pelajar 5 Gemilang

Pelajar 5 Jaya dan 5 Kaliber

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5