BAHAGIAN 1 : PERJALANAN MENCAPAI GEMILANG KE PERSADA KEBANGSAAN

PENGHUJUNG MAC  201

    Pencarian peserta forum remaja tahun 2015 bermula di SMK Tinggi Klang . Saya menemui Aidil Al Hafiz , pendebat terbaik peringkat suku akhir dan separuh akhir Negeri Selangor, Ketika itu SMK Tinggi Klang masih lagi dalam lingkaran kegembiraan kerana pasukan debat baru sahaja menyandang Naib Juara Debat Negeri Selangor.  Saya bertanya  kalau-kalau dia  berminat menyertai pasukan forum sekolah. Aidil bukan sahaja bersetuju menyertai pasukan forum malah bersetuju melamar teman-teman yang lain dan mewujudkan   pasukan forum  remaja

      Aidil membawakan saya tiga orang rakannya daripada pasukan Debat  Tazrin, Amin dan Idzwan serta seorang murid yang pernah menjadi peserta pidato dan sajak iaitu Syafiq Aqil. Melihat personaliti mereka yang berkeyakinan , saya yakin mereka mampu menggalas tanggungjawab sebagai ahli panel

CABARAN : Mereka peserta debat, sangat arif dalam langgam  bahasa dan intonasi debat ala parlimen. Saling bertukas dan bertingkah kata sudah menjadi santapan mereka saat berdebat..

    Gelanggang forum agak bezanya. Forum ialah medan pengucapan umum uang mengutarakan idea secara santai dan bersahaja. Mereka harus diasuh    berbicara selunak mungkin, dalam suasana santai, tenang dan harmoni  tanpa perlu melepaskan suara lantang dan seolah-olah berebut-rebut idea.
  
     "Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ", 

     Apa yang sungguh membanggakan anak-anak ini mudah menghadam bahan forum yang diberikan. Mereka mampu menghayati teks dengan baik sehingga setiap patah kata yang diujarkan kedengaran  serasi dengan intonasi dan nada suara mereka. Raut wajah tenang, penuh keyakinan dan sosok personaliti berkarisma lewat keterampilan mereka juga banyak membantu pembentukan  pasukan forum yang seimbang dari aspek keupayaaan lisan dan kemantapan personaliti. Alhamdulillah, keyakinan diri yang mula disuburkan saat menjadi pendebat dalam medan debat ala.parlimen membantu membentuk   karektor sedemikian.

APRIL 2015

Kerja-kerja menghasilkan skrip forum bermula 

      Awalnya, saya bercadang memberikan mereka teks forum remaja yang pernah  digunakan oleh peserta forum pada    tahun lepas. Namun setelah saya meneliti teks  forum tersebut, saya dapat merasqkan bahawa teks tersebut agak berat. dan terlalu menjurus,. Peranan Remaja dalam penggunaan Teknologi Hijau. seingat saya biarpun anak-anak didik saya tahun lepas berjaya menjiwaii skrip tersbut, namun mereka agak keliru apabila menjawab soalan spontan lontaran  daripada hakim.


 Akhirnya kami memilih juga tema sains dan teknologi. Sains  dan Teknologi: Antara Manfaat dengan Mudarat.  Begitulah tajuk yang akhirnya saya putuskan dengan persetujuan peserta forum

    Lebih kurang dua minggu proses menyediakan bahan rujukan dan penulisan teks forum berlangsung.  Selanjutnya kami perlu menyunting teks agar dapat diselaraskan dengan tempoh masa 20 minit. Hakim tidak akan mendengar lagi apa-apa.yang diperkatakan ahli panel atau pengerusi selepas tempoh itu,  kemungkinan kehilangan markah bahagian kesimpulan akan berlaku. 

     Sebelum pertandingan peringkat zon peserta sempat   berlatih selama dua minggu. Lazimnya waktu latihan mereka ialah pukul 2.30 hingga 4.30 tiap- tiap petang kecuali hari selasa kerana saya perlu menghadiri meayuarat pengurusan atau hari khamis kerana guru-guru termasuk saya perlu menghadiri sesi info.

Pertandingan forun Remaja peringkat zon( 16 jun 2015)
    
      Medan tempur pertama bagi pasukan Forun Sekolah Menengah Tinggi Klang.  Semangat mereka agak tinggi walaupun  saya tak.dapat mengiring mereka  kerana  perlu menjadi hakim Zon B di SMK Raja Mahadi . Saya amanahkan kepada cikgu Ifarizen untuk menjadi guru pengiring. Alhamdulillah, STK menjuarai forum remaja Zon A1 dan melangkah ke pertandingan akhir peringkat daerah.
   
sesi latihan sebelum pertandingan akhir.
      Saat mereka diumumkan sebagai pemenang zon A1, anak-anak yang dahaga akan kejayaan  ini tanpa disuruh   bertanya kepada  ketua hakim tentang kekuatan dan kelemahan pasukan kami. Jawapan daripada ketua juri ialah tidak menjawab dengan tepat bahagian spontan dan tidak ada langsung celahan pada pusingan kedua. Sememangnya saya tidak mewujudkan celahan .Berdasarkan  pengalaman membimbing pelajar pada tahun 2014   , kami gagal meraih tempat semasa pertandingan akhir kerana  terlalu banyak celahan. Namun, semasa sesi latihan saya ada menyarankan mereka memasukkan celahan. Malangnya mereka sudah seleaa dengan skrip sedia ada dan memasukkan celahan akan memberikan   tambahan masa.  


      Bagaimanapun, demi memastikan kemenangan di peringkat daerah, saya minta bantuan cikgu Ifarizen untuk memikirkan  idea  terbaik memasukkan celahan .


     Dapatkah  ahli - ahli panel dan pengerusi forum memasukkan unsur kecindan dan celahan dalam  bual bicara mereka  saat.neraksi di gelanggang forum daerah dengan KISAS   merupakan saingan yang sngat digeruni. ?? 

BACALAH ENTRI SAYA SETERUSNYA DI BAHAGIAN KEDUA....





Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5