BAHAGIAN 111 : PERJALANAN MENCAPAI GEMILANG KE PERSADA KEBANGSAAN
ALANGKAH INDAHNYA KEJAYAAN!
Alhamdulillah, akhirnya kami meraih kejayaan juga. SMK Tinggi Klang berjaya menewaskan KISAS dalam pertandingan yang cukup sengit. Bermakna Pasukan forum SMK Tinggi Klang akan mewakili daerah klang dalam pertandingan peringkat negeri di Sepang pada bulan Julai nanti. Cerita tentang kejayaan ini telah saya catatkan dalam entri saya sebelum ini
Kamilah Juara -SMK TINGGI KLANG vs KISAS
Biarpun menghadapi pelbagai dugaan , cabaran dan debaran akhirnya Pasukan Forum SMK Tinggi Klang mengungguli Pertandingan Forum Daerah Klang dan dinobatkan sebagai Juara forum Remaja Daerah Klang Tahun 2015.
Dalam Pertandingan Peringkat Akhir yang berlangsung di Dewan Tertutup.SMKP Methodist , pasukan forum STK menumpaskan 9 buah sekolah lain termasuk Kolej Islam Sultan Alam Shah (.Kisas ) yang saban tahun menjuarai pertandingan tersebut.
Suatu pencapaian yang sungguh membanggakan yang hanya dapat dicapai hasil usaha gigih pelajar, bimbingan guru Bahasa Melayu , sokongan moral dan material daripada pentadbir sekolah dan semua guru.
Moga kejayaan ini menjadi dorongan kepada para pelajar lain untuk menyertai kegiatan koakademik bahasa yang umumnya menuntut keyakinan diri yang tinggi dan komitmen padu dalam kalangan peserta. Tanpa kecekalan, keberaniaan dan daya juang yng tinggi sukar untuk tampil di hadapan barisan hakim , para pesaing dan audiens

Comments
Post a Comment