BAHAGIAN 11 : PERJALANAN MENCAPAI GEMILANG KE PERSADA KEBANGSAAN



Pertandingan Forum Remaja Daerah Klang (17 Jun 2015)

     Tiga  hari selepas  pertandingan peringkat zon para pelajar ini menyertai pertandingan peringkat  daerah. Pada peringkat ini kelemahan di peringkat  zon diperbaiki. Mereka perlu dilatih mengujarkan idea secara spontan dan lancar. Saya melatih mereka dengan pelbagai soalan spontan ramalan. Walaupun hanya 5 minit dengan peruntukan 10 markah , pelajar perlu benar-benar menguasai  kehendak soalan dan menjawab dengan tepat dan fasih. Saingan di peringkat daerah lebih mencabar kerana perlu berdepan dengan pasukan forum Kisas, Kolej Islam Sultan Zainal Abidin yang tak pernah gagal menjuarai piala kemenangan Daerah Klang.

 Saya menjadi penjaga masa tika.pertandingan berlangsung. Di sebelah saya rakan pengacara, Atifah.    Saat pasukan  forum STK meluahkan   bual bicara, segalanya lancar termasuk Bahagian Spontan. Dua celahan dapat diutarakan pada pusingan kedua. Walaupun persediaan dilakukan pada saat-saat akhir ternyata mereka bijak beraksi kena pada tempatnya. Syukur Alhamdulillah.  

     Saat menunggu para juri memuktamadkan keputusan merupakan detik paling meresahkan.  Jangka masa lebih kurang 45 minit diambil oleh para juri untuk membuat keputusan. Jauh di sudut hati paling dalam,  saya sangat mendambakan keputusan juri berpihak kepada pasukan kami. Tidak saya nafikan pasukan kami bukanlah pasukan yang sempurna saat menuturkan bicara. Rakan setugas dari satu sekolah membayangkan pasukan kami tidak akan ke mana, malah guru pengiring yang sepatutnya menunggu hingga akhir majlis juga hilang entah ke mana. Timbul juga prasangka buruk bahawa beliau dapat menebak kekalahan bakal diterima, lalu malu menghadapi kenyataan, namun praduga negatif dalam dada itu saya libas jauh-jauh. Mungkin dia bersegera pulang kerana perlu mengajar   di sesi petang. Apa yg menyejukkan hati ialah pandangan rakan dari sekolah lain yang menyatakan beliau ,  berpendapat  pasukan kami antara tiga pasukan terbaik.

     Debaran jantung makin kuat sebaik melihat wajah-wajah hakim yang  usai membuat pilihan menghampiri dewan. Hati saya bermonolog , Adakah KISAS juga akan menjadi juara? Saya lihat persembahan mereka memang baik, namun ada juga detik-detik ahli panel terpaku seketika, lupa barang kali ungkap bicara yang patut diluncurkan dari lidah. Mereka juga merujuk nota saat menjawab soalan spontan . Pendek kata ,saya berasa tidak pantas mereka menjuarai Forum Remaja Daerah Klang pada tahun ini. Sampai  saya berdoa, Ya Allah, kau berikanlah kemenangan ini buat pasukan lain bukan KISAS. Jahatnya saya...justeru bukan saya mendoakan kejayaan pasukan STK lantaran saya juga tidak cukup keyakinan untuk mohon diberikan kemenangan  . Pada saya kalaulah kemenangan itu diberikan kepada mereka, saya tidak ada kata-kata untuk diungkapkan kepada para juri.

Saya pandang wajah anak-anak didik saya. Kalau ada rezeki kita , insya-Allah..Doalah dan mintalah yang baik-baik.



Berjayakah kami ???...bacalah entri saya seterusnya. dalam Bahagian 111: Perjalanan mencapai gemilang ke persada kebangsaan..


Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5