Budaya membaca dalam kalangan pelajar SMKBJ masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Fenomena ini mendorong Panitia Bahasa Malaysia SMKBJ melaksanakan program BACAAN SAUJANA yang melibatkan penggunaan bahan bacaan berkualiti iaitu sisipan MINDA dan SKOR Berita Harian , majalah Dewan Siswa dan Pelita Bahasa terbitan DBP. Pembelian Majalah Dewan Siswa dan majalah terbitan DBP ditaja sepenuhnya oleh PIBG.
Minggu ini, pelajar - pelajar menengah rendah terutama Tingkatan 3 mula menggunakan sisipan MINDA pada hari selasa , manakala pelajar menengah atas mula menggunakan sisipan SKOR pada hari rabu semasa Kelas Bahasa Melayu.
AKSI PELAJAR 2 DINAMIK ( Selasa 26 /2/2013 -8.50-10.10)
|
Bacaan berfokus : Pelajar membaca Bahan dalam Sisipan Minda |
|
Pelajar menjawab soalan Kemahiran dan Pengetahuan Tatabahasa |
AKSI PELAJAR 5 CEMERLANG ( Rabu 27/2/2013- 8.50 -10.10 pagi)
|
Pelajar memmbaca contoh karangan wawancara |
|
Pelajar berbincang tentang pengembangan isi karangan |
|
Pelajar mengembangkan perenggan isi berpandukan bahan rujukan SKOR |
AKSI PELAJAR 5H (RABU 27/2/2013 -7-30 - 8-50 pagi)
|
Pelajar membaca pelbagai makalah dalam Dewan Siswa |
|
pelajar berbincang tentang info terkini |
|
Khusyuk membaca karya kreatif |
|
tekun membaca isu semasa |
|
Dewan Siswa :Majalah Pilihan Nombor 1 ! |
|
Muka depan Dewan Siswa Januari 2013 |
|
Kosa kata |
Usaha guru-guru menyajikan pelbagai bahan pembelajararan di dalam kelas harus dihargai oleh para pelajar. Pelajar seyogianya memanfatkan peluang yang diberikan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Guru hanya penunjuk dan pemudah cara, manakala prakarsa perdana harus diusahakan oleh pelajar sendiri.
Comments
Post a Comment