IBU DAN CEPER: MODUL KOMSAS TINGKATAN 4(PANDUAN GURU)


Tingkatan      :           4

Masa              :           80 minit

Tajuk              :           Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad)

Genre             :           Cerpen         

Fokus Utama                 :  10.6         Mengulas karya sastera dari aspek watak dan 
                                                              perwatakan, latar,  plot, gaya bahasa, dan sudut  
                                                              pandangan 
                                                            Aras 1
(v)        Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar,  
            plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan  dalam 
            karya.

Fokus Sampingan   :         2.1      Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat  
                                                           dalam   perbincangan          
                                                           
Aras 1
(i)            Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan pemerhatian untuk mengemukakan idea 
yang bernas.
                                                           
Objektif:         Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i.              Menghuraikan latar tempat dalam cerpen yang dikaji.
ii.            Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan pemerhatian
            untuk mengemukakan idea yang bernas    
iii.           Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.

Kemahiran Bahasa:          
                                                Kemahiran Bertutur
            Kemahiran Membaca
Kemahiran menulis
Sistem Bahasa:

Tatabahasa: Ayat Aktif dan Ayat Pasif    

Kosa Kata:        
Umum            :           terkial-kial, baruh, randuk, conggoh, terkobak, meragau, berderau, 
                                   gemal, acilut, berbusa

Istilah :           tohor
     
Pengisian Kurikulum

Ilmu    :           Geografi dan Pendidikan moral                           

Nilai    :           Sayang alam sekitar
                        Kasih-sayang                                  

Kemahiran Bernilai Tambah:
Kontekstual  




Langkah
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian
Formatif
KBT / Catatan

1














INDUKSI SET

·  Guru memilih seorang murid perempuan dan dipakaikan selendang seperti seorang ibu.

·   Guru meminta wakil setiap kumpulan menyoal `ibu’ tersebut dengan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru.

·   Guru meminta murid yang memegang peranan `ibu’ menjawab setiap soalan yang dikemukakan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan jangkaan sendiri.

·    Guru membuat rumusan berdasarkan aktiviti tersebut.




















KBKK :
Kontekstual -menghubungkaitkan

Lampiran 1
Soalan untuk ibu

Lampiran 2:
Jawapan untuk soalan ibu





2






Latar Tempat

·    Guru meminta murid membentuk lima kumpulan
·    Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberikan arahan
-    Guru meminta murid melengkapkan peristiwa bagi latar tempat  
yang diberi.
·    Guru meminta murid membaca cerpen dan memindahkan maklumat  
      ke dalam lembaran kerja.
·   Guru meminta murid menghubungkaitkan watak dan peristiwa dengan latar tempat yang diberi.
·   Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan mereka.
·     Guru membuat rumusan dan memilih jawapan yang tepat.




Objektif (i) tercapai











KBT:
Kontekstual – Menghubungkaitkan

Lampiran 3:
Lembaran Kerja Latar Tempat dan Peristiwa

Lampiran 4:
Jawapan Lembaran Kerja.

3

Forum Remaja: Kepentingan Sungai

·     Guru masih dalam lima kumpulan.
·  Guru memberikan tugasan kepada setiap kumpulan dan melantik pencatat dan wakil kumpulan:
a.    Kumpulan 1 : Kepentingan Sungai dalam pengangkutan.
b.    Kumpulan 2 : Kepentingan Sungai dalam pertanian,
c.    Kumpulan 3: Kepentingan Sungai dalam penternakan
d.    Kumpulan 4: Kepentingan Sungai dalam pelancongan dan rekreasi
e.    Kumpulan 5: Kepentingan Sungai dalam kegunaan harian

·   Guru meminta murid berbincang dan mencari isi-isi penting berdasarkan tugasan yang diberikan.
a. Guru meminta murid menghubungkaitkan tugasan dengan pengetahuan sedia ada mereka.
b. Guru meminta murid mengaplikasikan pengetahuan tentang kepentingan sungai dalam kegiatan seharian.
c.  Guru meminta murid bekerjasama memberikan maklum balas dan berkomunikasi tentang kepentingan sungai.
d.   Guru meminta murid memindahkan pengetahuan tentang sungai dan menggunakan tugasan dalam forum.

·    Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan datang ke hadapan kelas untuk menjadi salah seorang panel dalam forum remaja.
·   Guru memilih seorang pengerusi untuk mempengerusikan forum tersebut.
·    Guru memberikan tempoh masa 20 minit untuk mengendalikan forum.
·  Guru meminta murid memberikan respons terhadap forum yang telah dijalankan.
·    Guru membuat rumusan tentang forum kepentingan sungai.



Mencapai objektif (ii)


KBT :
Kontekstual
Hubungkait, aplikasi, bekerjasama dan memindahkan
4
Mencerakin ayat

· Guru memberikan ayat majmuk dan meminta murid-murid mencerakinkanmenjadi ayat tunggal.
·    Guru meminta beberapa orang murid secara rawak membacakan ayat yang dicerakinkan.
·     Guru membetulkan jawapan yang salah.


Mencapai objektif (iii)

KBT :
Kontekstual
(Memindahkan)

Lampiran 5 :
Mencerakin ayat.

Lampiran 6 :
Jawapan Mencerakinkan ayat


Penilaian dan Pengukuhan
Kempen Cintai Sungai Kita
·     Guru meminta pandangan murid tentang Keberkesanan Kempen Cintai Sungai Kita.
·   Guru merumuskan pelajaran ini berdasarkan pandangan yang telah diberikan oleh murid-murid.









________________________________________________________________________ 





LAMPIRAN 1 (Soalan untuk Ibu)

1.  Apakah antara pekerjaan yang dilakukan oleh ibu?
2.  Berapa lamakah masa yang diambil oleh ibu untuk bekerja?
3.  Mengapakah ibu melakukan tugas-tugas tersebut?
4.  Jika ibu seorang wanita berkerjaya, bagaimanakah ibu membahagikan masa
antara tugas rumah tangga dengan kerjaya?
5.  Apakah keistimewaan ibu?




LAMPIRAN 2 (Jawapan )

1.  Antara pekerjaan yang dilakukan oleh ibu ialah memasak, mengemas rumah,
membasuh pakaian, berkebun, menjaga dan membesarkan anak-anak, dan
sebagainya.
2.  Masa yang diambil oleh ibu untuk bekerja ialah seawal pagi hingga ke lewat
malam.
3.  Ibu melakukan tugas-tugas tersebut kerana rasa tanggungjawabnya sebagai
suri rumah tangga.
4.  Sekiranya ibu berkerjaya, ibu akan membahagikan masa di rumah dengan
menyiapkan kerja-kerja rumah dengan sebaik-baiknya manakala kerja-kerja
di pejabat dihabiskan terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
5.  Ibu seorang yang rajin bekerja, penyabar, tabah dan kuat untuk menjalankan
tugas seharian.

LAMPIRAN 3 (Latar dan Peristiwa)

Arahan : Lengkapkan peta grafik di bawah dengan peristiwa yang berkaitan dengan latar yang diberi.

BIL
                  LATAR TEMPAT
PERISTIWA

1

Rumah Ibu






2

Sawah









3.

Sungai








4.






Gunung




LAMPIRAN 4 (Latar dan Peristiwa)

Arahan : Lengkapkan peta grafik di bawah dengan peristiwa yang berkaitan dengan latar yang diberi.

BIL
                  LATAR TEMPAT
PERISTIWA

1

Rumah Ibu





-       Ibu tidur tergolek
-       Ibu mengangkut air telaga naik ke rumah untukdimasukkan ke dalam tempayan.
-       Sangkar-sangkar tersangkut ketitir.
-       Bapa makan dan tidur, menjaga cucu dan memicit tubuh ibu.
-       ‘Aku’ mengampu ibu di tandas
-       Isteri ‘aku’ membacakan yasin
-       Bapa jatuh tersungkur di kepala tangga


2

Sawah



-       Ibu menajak, pikul gemal dan tanam benih
-       Ibu juga menuai padi

3.

Sungai


-       ‘aku’ meragau ikan
-       Lembu dan kerbau diheret ke sungai untuk menghilangkan dahaga
-       Sisa-sisa , hampas-hampas, keladak-keladak di bawa arus
-       Sampah-sarap bertimbun-timbun
-        

4.






Gunung


-       Bapa nak ke bukit untuk mendenak ketitir


Lampiran 5:

Ayat 1:
Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu.

Jawapan:

1.     ________________________________________________________________________________________
2.     ________________________________________________________________________________________

Ayat 2:
Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi.

Jawapan

1.     _______________________________________________________________________________________
2.     _______________________________________________________________________________________
3.     _______________________________________________________________________________________

Ayat 3:
Aku bersama-sama sahabat-sahabat  sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali sekala kami turun ke lubuknya                             meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Jawapan:
1.     __________________________________________________________________________________________
2.     __________________________________________________________________________________________
3.     __________________________________________________________________________________________

Lampiran 6:

Ayat 1:
Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu.

Jawapan:

3.     Ceper terus menggila sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu.
4.     Ceper terus mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu.

Ayat 2:
Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi.

Jawapan

4.     Ikan-ikan terperangkap.
5.     Ikan-ikan banyak yang mati.
6.     Ikan-ikan tidak boleh main air lagi.

Ayat 3:
Aku bersama-sama sahabat-sahabat  sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali sekala kami turun ke lubuknya                                 meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Jawapan:
4.     Aku bersama-sama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga.
5.     Aku bersama-sama sahabat-sahabat sebaya sekali sekala turun ke lubuknya meragau ikan.
6.     Aku bersama-sama sahabat-sahabat sebaya sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5