GELANGGANG TUK WALI : MODUL KOMSAS TINGKATAN 4: PANDUAN GURU
Tingkatan : 4
Masa : 80 minit
Tajuk : Gelanggang Tuk Wali
Genre : Drama
Fokus
Utama : 10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan,pemikiran,
nilai dan pengajaran.
(iv) Menganalisis
perkara yang menarik dalam karya.
Fokus
Sampingan : 2.4 Mengemukakan cadangan
yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan
Aras 1
(iii) Mendengar
pendapat yang dikemukakan untuk memberikan
respons yang sesuai
Objektif: Pada
akhir pelajaran, murid dapat:
i.
Menganalisis perkara yang menarik dalam karya
ii.
Melengkapkan jadual persoalan dan peristiwa berdasarkan
drama
iii.
Menulis cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul
Kemahiran Bahasa:
Fokus Utama: Kemahiran mendengar dan bertutur
Fokus Sampingan: Kemahiran menulis
Sistem Bahasa:
Tatabahasa : Cakap ajuk, cakap
pindah
Kosa Kata :
Umum :
histeria, tengkolok, srikandi,
copot, kecundang
Istilah : rongga
hidung, jurus tari silat, tongkat ali, melankolik
Pengisian Kurikulum:
Ilmu :
Kemasyarakatan, Warisan Budaya Bangsa (ilmu persilatan)
Nilai : Keberanian, ketaatan, kasih sayang, menghargai alam semula jadi
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kemahiran Berfikir :
Membuat kesimpulan
Menilai
Menghubungkaitkan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lampiran
1 : Gambar Keris
Gambar Keris
Lampiran 2 : (Soalan tentang Keris)
Soalan :
- Dimanakah
senjata ini boleh dilihat ?
- Apakah
bahan yang digunakan untuk membuat senjata ini ?
- Apakah
kegunaan keris pada masa dahulu ?
- Apakah
pula kegunaan keris pada masa sekarang ?
- Mengapakah keris menjadi lambang kekuatan kepada orang Melayu?
Lampiran 3
1. Jangkaan Jawapan Pemikiran dan Huraian
2.
Jangkaan Jawapan Persoalan dan Huraian
Pemikiran
|
Kekentalan semangat juang dan jati
diri seorang guru silat dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya yang
pada suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan generasi lama.
|
Tuk Wali atau nama sebenarnya Wak
Raja Waliudin bin Raja Agus Salam merupakan seorang guru silat yang terkenal
dan mempunyai kehebatan yang tersendiri. Tuk Wali banyak mencurah jasa kepada
kesejahteraan kampungnya dengan mengajar anak-anak muda ilmu persilatan dan
berjaya mempertahankan kampung mereka daripada serangan komunis. Tuk Wali
menyandarkan harapan kepada dua orang anak muridnya yang masih setia dalam
ilmu persilatan, iaitu Ripin dan Mariam agar meneruskan perjuangan mereka
memartabatkan ilmu persilatan.
|
Persoalan
|
Golongan muda yang semakin melupakan
nilai-nilai budaya
|
Pergolakan masyarakat khususnya
golongan muda pada hari ini yang semakin melupakan nilai-nilai budaya yang
perlu dipelihara dan diamalkan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Contohnya, empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat dengan Tuk Wali
telah menimbulkan kekecohan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tuk Wali
dan Siak.
|
Masalah
sosial dalam masyarakat
|
Berlaku pelbagai masalah sosial
seperti penyalahgunaan dadah, dengki khianat dan tamak haloba yang akhirnya
membawa padah dan kehancuran kepada masyarakat pada hari ini. Contohnya, Piee
(cucu tiri Tuk Wali) terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
|
|
Kepercayaan
lama dalam masyarakat
|
Mengamalkan pantang larang dan petua
dalam menjalankan kerja-kerja seharian seperti masuk ke hutan untuk menebang
pokok atau rotan. Contohnya, Tuk Wali tidak akan menebang pokok yang sedang
berbunga atau pokok yang masih kecil.
|
|
Keberanian
|
Keberanian seorang tua yang mempunyai
kehebatan dalam ilmu persilatan dan handal bermain senjata. Contohnya, Tuk
Wali berjaya mengalahkan empat orang perompak bersenjata dan mempertahankan
kampung daripada serangan komunis.
|
|
Kemusnahan
alam semula jadi
|
Terdapat ahli masyarakat yang tidak
menghargai alam semula jadi dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, Guan
dan Berahim yang memusnahkan alam semula jadi sewaktu mengambil hasil hutan
seperti tongkat ali, pasak bumi dan rancang besi semata-mata untuk mengaut
keuntungan.
|
Lampiran 4
Latihan (Jadual Persoalan & Peristiwa)
Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis peristiwa yang
berkaitan.
Bil
|
Persoalan
|
Peristiwa
|
1
|
Golongan muda yang semakin melupakan
nilai-nilai budaya
|
|
2
|
Masalah
sosial dalam masyarakat
|
|
3
|
Kepercayaan
lama dalam masyarakat
|
|
4
|
Keberanian
|
Jawapan
Latihan
Bil
|
Persoalan
|
Peristiwa
|
1
|
Golongan muda yang semakin melupakan
nilai-nilai budaya
|
Empat orang pemuda yang datang untuk
belajar silat dengan Tuk Wali telah menimbulkan kekecohan sehingga
mencetuskan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak.
|
2
|
Masalah sosial dalam masyarakat
|
Piee (cucu tiri Tuk Wali) terlibat
dalam penyalahgunaan dadah, sanggup mencuri wang Tuk Wali yang berjumlah
RM2,000.00. Selain itu turut mencuri biola dan keris kepunyaan Tuk
Wali.
|
3
|
Kepercayaan lama dalam masyarakat
|
Tuk Wali tidak akan menebang pokok
yang sedang berbunga atau pokok yang masih kecil.
|
4
|
Keberanian
|
Tuk Wali berjaya mengalahkan empat
orang perompak bersenjata dan mempertahankan kampung daripada serangan
komunis.
|
TERIMA KASIH.....
ReplyDelete