GAYA BAHASA METAFORA
Saat paling puitis dalam jantung hidup guru bahasa yang mencintai sastera seperti saya ialah saat mengajarkan puisi dalam KOMSAS kepada para pelajar.
KONSEP PUISI
Puisi merupakan medan komunikasi atau informasi yang diungkapkan secara tidak langsung . Banyak makna yang diungkap di dalam puisi yang tidak dapat disampaikan menggunakan bahasa yang biasa. Puisi memerlukan cara pengungkapan tersendiri. Bahasa puisi adalah bahasa khas. iaitu bahasa yang telah direkayasa sedemikian rupa untuk tujuan keindahan .
METAFORA DALAM PUISI
Metafora juga didefinisikan sebagai perbandingan dua perkara yang berlainan atau berbeza, tetapi mempunyai persamaan hanya di dalam konteks yang dibandingkan. Sebagai contoh, pulau dan impian adalah dua perkara yang berbeza, tetapi mempunyai persamaan di dalam konteks kedua-duanya adalah jauh dan memerlukan usaha penyair untuk sampai ke sana. Dari kaitan ini terciptalah metafora ‘pulau impian’.
Contoh yang lain kata 'sungai' yang pernah digunakan oleh beberapa orang penyair. Misalnya Hassan Jaidin telah menulis sajak yang berjodol “Sungai Peribadii”, Rahman Shaari dan Ahmad Razali menghasilkan sajak “Sungai Sejarah”. Muhammad Haji Salleh menggunakan metafora ‘sungai takdir’ dalam sajaknya “Baris-baris dari Muzium Goethe”. Jair Sulai juga menggunakan metafora ‘sungai waktu’ dalam sajaknya “Belajar Resmi Sungai Waktu'. (Zurinah Hassan, 2011).
Mengapa Perlu ada metafora dalam puisi ??
Hakikatnya, Metafora telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia. Dr. Muhammad Haji Salleh (2002:135) menjelaskan bahawa perlambangan atau metafora adalah elemen penting di dalam puisi Melayu dan menentukan nilai estetikanya. Metafora terbentuk dengan adanya tindakan untuk membandingkan sesuatu konsep atau abstraksi dengan sesuatu yang konkrit dan lebih dekat atau lebih dikenali oleh masyarakat. Selain objek alam, metafora juga dibentuk dari unsur-unsur lain seperti watak cerita rakyat dan lagenda.
Contoh Metafora
Jenis 1
Di dadanya ada gunung
(cita-cita yang tinggi)
Di matanya ada api
(semangat yang membara/berkobar-kobar)
Di tangannya ada bahtera
(mempunyai hala tuju/ sasaran)
Jenis 2
sungai manusia
( Tempat yang menjadi kunjungan tanpa henti manusia/ laluan orang ramai).
sungai waktu
( Waktu yang panjang/waktu yang tidak akan terhenti)
sungai takdir
(Takdir yang tidak putus/tidak dapat lari daripada takdir)
sungai sejarah
(Sarat dengan kisah sejarah/sejarah yang berpanjangan)
Jenis 3
Hari ini saya menjadi singa
(Maksudnya, berada dalam keadaan sangat marah)
Di dadanya ada gunung |
Di matanya ada api |
Di tangannya ada bahtera |
Jenis 1
Di dadanya ada gunung
(cita-cita yang tinggi)
Di matanya ada api
(semangat yang membara/berkobar-kobar)
Di tangannya ada bahtera
(mempunyai hala tuju/ sasaran)
Jenis 2
sungai manusia
( Tempat yang menjadi kunjungan tanpa henti manusia/ laluan orang ramai).
sungai waktu
( Waktu yang panjang/waktu yang tidak akan terhenti)
sungai takdir
(Takdir yang tidak putus/tidak dapat lari daripada takdir)
sungai sejarah
(Sarat dengan kisah sejarah/sejarah yang berpanjangan)
Jenis 3
Hari ini saya menjadi singa
(Maksudnya, berada dalam keadaan sangat marah)
Bleh
ReplyDelete