Novel Leftenan Adnan dan Tirani (Zon Tengah) Koleksi Esei Model
ULANG
KAJI SOALAN NOVEL ZON TENGAH
1. Novel TIRANI karya BEB SABARIAH
2. Novel LEFTENAN ADNAN Wira
Bangsa Karya ABDUL LATIF TALIB
SOALAN
FOKUS SPM 2016
1. Berdasarkan sebuah novel yang g telah
anda kaji jelaskan sebab-sebab novel
tersebut dianggap istimewa dan boleh menarik minat pembaca
LEFTENAN
ADNAN WIRA BANGSA
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib , novel tersebut ternyata mempunyai banyak
keisitimewaan dari pelbagai aspek.
Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan
tema yang baik oleh pengarang. Tema novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera
dalam mempertahankan tanah air. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan
keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon daripada bapanya
untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang
menentang musuh hingga penghujung nyawa.
Novel ini
juga istimewa dan menarik kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar
kepada masyarakat. Antara nilai yang terdapat dalam novel ini ialah
nilai cinta akan negara. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup
meninggalkan kerjaya tersebut untuk
memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
Pengajarannya ialah, sebagai anak muda, kita hendaklah sanggup berkorban demi
kedaulatan tanah air pada bila-bila masa
diperlukan.
Selain itu, novel ini juga menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan watak utama dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca terutama generasi
muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang mempertahankan negara . Watak
Leftenan Adnan adalah simbol keberanian
dan ketabahan anak muda dalam perjuangan. Leftenan Adnan berani berjuang
melawan tentera Jepun walaupun tanpa senjata hingga ke titisan darah terakhir.
TIRANI
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Tirani Karya Beb Sabariah, , novel
tersebut ternyata mempunyai banyak keisitimewaan dari pelbagai aspek dan boleh
menarik minat pembaca.
Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan
tema yang baik oleh pengarang.
Tema novel ini berkisar tentang Kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun, ilmu yang
dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Waheeda yang menganggap
dirinya tidak sempurna kerana bentuk
hidungnya yang pesek mendapat kesempatan memperbaiki kekurangannya itu selepas
hidungnya cedera teruk kerana serangan seekor monyet . Dia berjaya mendapatkan
kecantikan wajah yang diidamkan namun kecantikan tersebut menjadi punca
keruntuhan rumahtangganya dengan Zahid. Walau bagaimanapun , waheeda yang
mempunyai pendidikan yang tinggi mampu keluar daripada jerat kecewa dan putus
asa yang menyebabkan dia terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit jiwa, lalu melangkah terus maju ke hadapan dalam
bidang pelancongan.
Istimewanya novel
ini juga kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran. Pengarang menghantar
mesej kepada pembaca melalui penerapan nilai murni seperti nilai kasih sayang
seorang ibu kepada anaknya. Raidah ibu Waheeda tidak dapat menahan diri untuk
bersama-sama anaknya menghadapi saat genting
menjalani pembedahan rekonstrusi wajah di Singapura. Raidah menjadi gusar apabila Waheeda
menghantar e-mel kepada Ghazi menyatakan pembedahannya mengambil masa selama 10
jam. Raidah membuat ketupat lepas yang menjadi simbol terlepas daripada bala
dan ingin menghantarnya sendiri kepada anaknya.
Selain itu, keistimewaan Novel Tirani yang
boleh menarik perhatian pembaca ialah dari segi pemaparan perwatakan watak
utama iaitu Waheeda. Waheeda digambarkan sebagai seorang wanita yang gigih
berusaha. Dia memajukan Syarikat pelancongan
Tajau Emas milik keluarga
sehingga syarikat tersebut menjadi terkenal dan resort tersebut sentiasa menerima kunjungan pelancongan dalam
dan luar negara. Waheeda juga mempunyai pendirian yang tegas. Walaupun kurang dipersetujui keluarga, dia
tetap menjalani pembedahan rekonstruksi wajahnya. Waheeda juga sentiasa berfikiran positif dan sikapnya itu menyebabkan beliau berjaya keluar daripada belenggu kekecewaan
ditinggalkan suami yang menuduhnya curang selepas melahirkan
anak yang tidak diakui oleh Zahid , suaminya sebagai darah dagingnya. Kejayaan waheeda dan anaknya Izzati memajukan
Aya Sakinah di Cameroon Highlands menjadikan watak utama dalam novel ini
menarik perhatian pembaca.
2. Huraikan
sinopsis novel yang anda pelajari.
LEFTENAN
ADNAN WIRA BANGSA
Novel
yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib . Novel Leftenan
Adnan bermula dengan kisah kehidupan Adnan semasa kecil. Pak Said dan Mak Miah membesarkan tiga orang
anakya iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Pak Said amat mengambil berat tentang
sejarah tanahair. Dia mahu anak-anaknya
berbakti kepada bangsa , agama dan tanahair. Dia juga merahsiakan keturunannya demi
keselamatan keluarganya.
Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris. Adnan
yang bercita-cita menjadi askar akhirnya berjaya menjadi askar dalam satu temu
duga di Port Dickson. Adnan menyertai Regimen askar Melayu dan
berkahwin dengan Sophia serta dikurniakan dua orang anak. Adnan membawa
keluarganya tinggal di Singapura.
Pada
tahun 1941 Jepun mendarat ke Tanah Melayu . Batalion kedua Askar Melayu tidak
mampu membendung serangan Jepun dan mereka diarahkan berundur dari medan
pertempuran. Perang dunia kedua telah
tercetus. Leftenan Adnan dan
kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukit Candu
bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai
beberapa tempat di Tanah Melayu. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya
menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun
berundur.
kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai
menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian. Pertahanan di Bukit
Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Ketika itu peluru
hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin
ramai menghampiri Bukit Candu. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan. Tentera Jepun
kemudiannya menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan
pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet
sehingga mayatnya hancur.
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah
menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong
getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia
berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
TIRANI
Novel yang saya kaji ialah Novel Tirani,
karya Beb Sabariah.
Tirani mengisahkan
seorang gadis yang bernama Waheeda yang
menhadi pengusaha sebuah resort bernama Tajau Emas bersama-sama ahli keluarganya di
Sarawak. Di sebalik kejayaannya mengusahakan pusat pelancongan waheeda
mengalami konflik jiwa dan diburu perasaan tidak berpuas hati dengan
dirinya kerana menganggap rupa parasnya tidak cantik. Kenangan lama
iaitu saat-saat dia diejek oleh rakan-rakannya kerana wajahnya yang dikatakan
hodoh sering menggugat perasaanya. Dia mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Selepas
peristiwa diserang oleh monyet sehingga menyebabkan wajah terutama hidungnya
mengalami kecederaan serius, waheeda bertekad dan membulatkan hati
untuk menjalani pembedahan di Singapura .
Sepanjang berada di Singapura ,
Waheeda tinggal bersama sahabat baiknya semasa belajar di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai iaitu Bazilah . Waheeda selamat menjalani pembedahan
rekonstruksi selama 12 jam di Silicon Medical centre. Tiga orang
doktor pakar menjalankan pembedahan tersebut diketuai Dr Alma Chen . Wajah
Waheeda bertukar jelita dan resah jiwanya telah sirna. Keyakinan dirinya
meningkat sehingga melonjakkan dirinya ke persada kejayaan.
Ketika menjadi pegawai perhubungan awam di Flamingo Resort ,waheeda
berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yaseer penguasaha Hotel Sri Gading, rakan
niaganya di Sarawak. Waheeda akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Zahid .
Hanya pada peringkat awal sahaja mereka hidup bahagia. Waheeda tersiksa dengan
sikap cemburu Zahid yang tidak mahu Waheeda menumpukan lebih banyak perhatian
terhadap kerjaya berbanding rumah tangga . Zahid beranggapan dia
berkongsi kecantikannya isterinya dengan masyarakat. Walaupun
Waheeda sangat mencintai Zahid, namun dia juga sangat komited terhadap
kerjayanya. Perkahwinan mereka tidak kekal lama kerana
Waheeda diceraikan oleh Zahid selepas anak mereka Izzati dilahirkan . Zahid
tidak percaya bahawa Izatti ialah anaknya kerana raut wajahnya
tidak sama dengan raut wajah Waheeda mahupun dirinya . Walaupun Waheeda
menunjukkan hasil ujian DNA, namun Zahid tetap pergi meninggalkan
Waheeda
Waheeda
sangat kecewa . Cintanya terhadap Zahid terlalu mendalam sehingga dia
mengalami tekanan jiwa setelah diceraikan Zahid dengan talak satu Ternyata Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya
yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Harapannya tidak menjadi
kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan
kehidupannya. Waheeda menghadapi kemurungan sehingga terpaksa mendapatkan
rawatan daripada kaunselor iaitu Dr
Qamariah.
Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameroon Highland Kemajuan chalet yang
diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Zahid yang
kini tempang akibat kemalanag ndi Los Angeles diburu penyesalan kerana melepaskan
Waheeda dan anaknya. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet Aya Sakinah itu. Walaupun sukar menerima Zahid kembali, namun
pujukan anak mereka , Izzati menyebabkan
hati Waheeda terbuka untuk menerima Zahid kembali Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah
satu TIRANI.
3.Dalam
novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua
peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut
LEFTENAN
ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah Novel
Leftenan Adnan Wira bangsa karya Abdul Latif Talib . Peristiwa pertama yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah peristiwa
Pak Saidi berjaya membunuh beberapa orang tentera Jepun dengan sebilah keris
pusaka peninggalan ayahnya. Pak Saidi
berbuat begitu kerana dia ingin membalas dendam atas kematian anaknya Pak Saidi
tidak mahu pihak penjajah Jepun terus berkuasa di Tanah Melayu .
Selanjutnya, peristiwa
kedua yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita adalah berita kemenangan Tentera British dalam Perang
Dunia Kedua. Jepun menyerah kalah dan telah menandatangani surat perjanjian menyerah kalah secara rasmi di kilang kereta Ford. Pada 15 Ogos
1945. British
telah mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu semula setelah Pihak Berikat yan terdiri daripada Pakatan
Amerika Syarikat dan British berjaya mengebom Bandar Hiroshima
dan Nagasaki.
Rentetan
daripada itu , kehidupan di Tanah Melayu mulai aman. Sophia, Isteri Leftenan
Adnan dan keluarganya berjaya diselamatkan
daripada menjadi mangsa kekejaman Jepun kerana penduduk kampong berpakat
menyembunyikan mereka apabila tentera Jepun
mencari mereka di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Sophia akhirnya
menjadi guru di Sekolah Sungai Ramal dan berkahwin dengan Ustaz Ridhwan dan
bahagia hingga ke akhir hayatnya yang juga merupakan antara peristiwa yang membuktikan kejayaan Sophia membina
hidup baru selepas tragedi yang menimpa Leftenan Adnan.
TIRANI
Novel yang saya kaji ialah
Tirani Karya Beb Zabariah. Berdasarkan novel ini terdapat beberapa peristiwa yang membuktikan terdapat
kejayaan pada peleraian novel. Peristiwa pertama yang membuktikan kejayaan pada
peleraian cerita ialah kejayaan Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan
Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands
dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di
Chalet Aya-Sajinah, berehat di Café Iwani dan bersembang tentang pelbagai
perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. peristiwa
ini melambangkan kejayaan Waheeda dalam bidang perniagaan.
Seterusnya, Peristiwa kedua yang membuktikan kejayaan pada
peleraian cerita ialah peristiwa Zahid menangis apabila diberitahu bahawa
Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda kerana ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya
selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap
Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati . Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan
kesalahan bapanya, Zahid. peristiwa ini
melambangkan kejayaan Waheeda yang berjaya menegakkan kebenaran tentang
kesetiaannya terhadap Zahid.
4. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama
yang terdapat
dalam novel tersebut.
LEFTENAN
ADNAN WIRA BANGSA
Novel
yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan
Wira Bangsa. Watak utama dalam novel tersebut ialah Leftenan Adnan . Leftenan
Adnan merupakan seorang yang berani. Contohnya , Leftenan Adnan berani berjuang menentang
tentera Jepun hingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata. Keberaniaan
Leftenan Adnan menyebabkan Regimen Askar Melayu Berjaya menghalang kemaraan
Tentera Jepun di permatang Pasir Panjang, Singapura. Tentera Jepun terpaksa
berundur dan beratus-ratus orang tenteranya terbunuh.
Selain
itu, Leftenan Adnan juga merupakan seorang yang bijaksana . Contohnya , Leftenan
Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh
yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Kesemua
tentera itu berjaya dibunuh dan beliau mendapat pujian daripada Jeneral A.E.
Percival
Leftenan Adnan juga Seorang yang
patriotik . Beliau sanggup menolak tawaran menjadi guru pelatih, seterusnya
menerima tawaran mengikuti latihan di Pusat latihan Regimen Askar Melayu di Port
Dickson. Tindakannya itu membuktikan semangatnya yang berkobar-kobar untuk mempertahankan tanahair. Setelah menjadi askar Melayu , Leftenan Adnan sanggup
menggadaikan nyawa untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh sehingga
beliau terkorban dalam pertempuran di Bukit Candu , Singapura.
TIRANI
Novel
yang saya pelajari ialah Tirani Karya Beb
Sabariah . Watak utama dalam novel tersebut ialah Waheeda. Waheeda merupakan seorang
anak muda yang berkeyakinan tinggi Tamsilnya, Waheeda sangat yakin akan kemampuan
dirinya dalam memajukan Tajau Emas. Sebaik sahaja dia tamat belajar, dia telah
membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan
melalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak. Baginya, mereka tidak akan
menemukan sesuatu jika tidak mencari sesuatu.
Selain itu, Waheeda juga seorang yang
bijak merancang . Contohnya, Dalam
menguruskan inap desa keluarganya, Waheeda dapat merancang dan menyusun jadual
program-program yang dapat menaikkan nama inap desa tersebut sehingga syarikat
Tajau Emas berjaya dan terkenal serta menjadi tumpuan para pelancong dari dalam
dan luar negara
Waheeda juga seorang yang obses terhadap kecantikan. Waheeda berkali-kali memujuk ibunya agar
membenarkan dirinya melakukan pembedahan kosmetik kerana menganggap wajahnya
tidak komersial. Dia ingin kelihatan
cantik, anggun dan bergaya seiring dengan kejayaannya memajukan inap desa
keluarganya yang semakin terkenal
5. Berdasarkan sebuah novel
yang anda kaji, huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam
novel tersebut.
LEFTENAN
ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya pelajari ialah
Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib . Nilai tanggungjawab yang dapat
dilihat ialah tanggungjawab terhadap
keluarga. Nilai tersebut dipaparkan melalui watak Pak Saidi yang mengambil berat pelajaran anak-anaknya. Beliau menghantar
Adnan belajar di sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan penduduk Kampung
Sungai Ramal . Beliau sedar akan tanggungjawab seorang ketua keluarga demi
memastikan anak-anaknya mempunyai masa depan yang terjamin dan dapat berbakti
kepada masyarakat dan negara.
Selain itu, nilai tanggungjawab juga
dipaparkan melalui watak Adnan . Beliau menggalas tanggungjawab memimpin Regimen Askar Melayu
Kompeni C di Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan keselamatan negara . Beliau
bersama-sama pasukannya berjuang bermati-matian sehingga kehabisan senjata dan
berakhir dengan kematiannya yang sungguh tragis. Kemarahan tentera Jepun dengannya
tidak terkira sehingga dia
digantung di bawah pohon ceri dengan kepalanya di bahagian bawah dan setiap
askar Jepun menikamnya dengan bayonet. Seseungguhnya, pengorbanan Leftenan Adnan demi
tanggungjawab mempertahankan negara perlu kita teladani
TIRANI
Novel yang saya pelajari ialah Tirani , karya Beb Sabariah . Nilai tanggungjawab dipaparkan pada watak Waheeda yang
bertanggungjawab mengusahakan inap desa keluarganya .Dia telah menjaga inap
desa tersebut sehingga berjaya memajukan dan menjadikan Tajau Emas tersohor dan menjadi pilihan pelancong di
dalam dan di luar negara. Nilai tanggungjawab
yang terdapat pada watak Waheeda ini menyebabkan dia juga berjaya dalam kerjayanya sebagai pegawai
Perhubungan Awam di Hotel Flamingo dan
seterusnya memajukan Aya Sajinah di Cameroon Highlands.
Seterusnya, nilai
tanggungjawab dapat dilihat pada watak Raidah,
iaitu emak Waheeda yang pergi ke Singapura untuk menemani Waheeda yang menjalani
pembedahan kosmetikRaidah
bertanggungjawab menjaga Waheeda sepanjang
pembedahan sehingga Waheeda pulih. Raidah juga sentiasa menasihati dan memberikannya sokongan dan dorongan padu kepada
Waheeda pada saat –saat Waheeda menghadapi kemurungan kesan kekecewaan dalam perkahwinannya. Nilai
bertanggungjawab seorang ibu terhadap
anaknya yang amat mulia jelas terpapar dalam novel ini,
6.
Perkembangan cerita sesebuah novel bergantung pada peranan yang dimainkan oleh watak utama dan watak sampingannya.
Jelaskan dua peristiwa yang melibatkan watak utama daripada sebuah novel
yang telah anda kaji.
LEFTENAN
ADNAN WIRA BANGSA
Novel
yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karyaAbdul Latif Talib.
Peristiwa pertama yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita
ialah peristiwa Adnan berkahwin dengan Sophia . Perkahwinan
ini dirancang dan diatur oleh bapa Adnan, Pak Saidi . Hasil
Perkahwinan itu telah membuahkan kebahagiaan apabila pasangan Adnan dan
Sophia dikurniakan dua orang anak, iaitu Mokhtar dan Zainuddin
Peristiwa kedua yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita
ialah Adnan pulang membawa khabar
gembira ketika pulang bercuti, terutamanya buat isteri tercinta. Adnan
menyatakan hasrat untuk mengajak Sophia berpindah kerana Adnan akan berpindah ke
Pasir panjang. Di sana, Adnan dibenarkan
untuk membawa keluarga dan rumah juga disediakan. Sophia menyambut pelawaan
Adnan dengan perasaan sangat gembira.
TIRANI
Novel yang saya pelajari ialah Tirani , karya Beb Sabariah .Peristiwa
pertama yang melibatkan watak utama
pada perkembangan cerita ialah peristiwa Waheeda
telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada bahagian wajah dan
hidungnya. Kejadian ini menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil
sambil ditemani oleh ibunya, Raidah. Kesan peristiwa tersebut menyebabkan Waheeda
mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan rekonstruski pada wajahnya di Singapura. Beliau menjalani pembedahan
selama 12 jam yang diketuai Dr. Alma Hollis Chen di Silicon Medical Center
(SMC) .
Selanjutnya ,Peristiwa kedua yang melibatkan
watak utama pada perkembangan cerita ialah peristiwa
Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada hidungnya selepas
dia mengalami selesema yang teruk dan
berterusan. Pemeriksaan menunjukkan tulang
hidungnya telah jatuh daripada kedudukan
asal dan memerlukan pembedahan hidung
semula. Pembedahan yang dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi telah
berjalan dengan lancar dan hidung waheeda
Berjaya dipulihkan.
7. Konflik merupakan satu daripada teknik
penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel
yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik
yang dihadapi oleh watak utamanya.
LEFTENAN
ADNAN WIRA BANGSA
Novel
yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan
Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib. Berdasarkan novel tersebut , watak utamanya
iaitu Adnan yang sememangnya berhadapan dengan pelbagai
konflik. Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara
Adnan dengan ibunya . Ibunya tidak membenarkan Adnan menjadi tentera
kerana tidak sanggup berpisah dengan
Adnan yang perlu menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson Bagaimanapun , akhirnya, ibu Adnan akur
dengan kehendak anaknya dan merelakan serta
menghormati keputusan Adnan yang ingin
menjadi seorang tentera
Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara
Leftenan Adnan dengan pihak Jepun .
Banyak anggota Kompeni C Regimen askar Melayu di bawah pimpinan Leftenan Adnan terkorban ketika bertempur dengan tentera Jepun di Pasir panjang dan Bukit Chandu. Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata
semangat kepada anak-anak buahnya walaupun mereka semakin kehabisan peluru. Biarpun,akhirnya
Tentera Jepun berjaya menembusi pertahanan kubu askar Melayu dan Leftenan Adnan turut terkorban , namun
semangat beliau tetap utuh saat menghadapi konflik tersebut.
TIRANI
Novel yang saya pelajari ialah Tirani , karya Beb Sabariah .Konflik
pertama yang dihadapi oleh watak
utama ialah konflik antara Waheeda dengan bapanya .Waheeda
ditegur oleh bapanya selepas bapanya mengetahui bahawa Waheeda mahu menjalani
pembedahan kosmetik .Bapanya ,menjelaskan
bahawa perbuatan itu menyalahi hukum agama . Waheeda tidak mempedulikan nasihat
tersebut sekali gus membuat keputusan untuk menjalani pembedahan di Singapura .
Konflik kedua yang dihadapi oleh
watak utama ialah konflik antara Waheeda dengan suaminya, Zahid. Kemesraan
Waheeda dengan pelanggan lelaki , kecantikan
Waheeda dan pujian yang sering diterima olehnya menyebabkan suaminya cemburu sekaligus mencurigai kesetiaan Waheeda. Zahid juga mempersoal raut wajah anak mereka
yang baru dilahirkan dan dijadikan alasan untuk menuduh Waheeda berlaku curang.
Waheeda pula berani mencabar suaminya
dengan cadangan ujian DNA . Akhirnya, konflik tersebut meruntuhkan rumahtangga
yang telah terbina.
paduuuuu
ReplyDeleteNi mesti cikgu bagi keje skolah kan,yg dtng kt sini
Deletelol sbb nk blaja la
DeleteHarap soalan ni yang keluar time spm nnti 😂
ReplyDeleteLekk sikit
DeleteSting aq yahuuu
Deletetak sabar eh
Deletegoodluck genk
Deletegoodluck genk
Deletesting aku yahuuuu yahuuuuuuuuuu
Deleteahhahaha goodluck esok bm
Deletegoodluck lagi dua jam
DeleteWou menarik..😉
ReplyDeleteTerima kasih !!!
ReplyDeleteada tak soalan untuk soalan kajian dua novel bagi novel tirani dan leftenan adnan ?
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDeletegoodluck geng 😍😁❤️
ReplyDeleteYe thoo
DeleteSaya rasa ada slh sikit lah dkt no7.konflik tirani... waheeda dengar nasihat Ayah dia tapi dia rekonstruksi wayahnya sebab kena cakar dng monyt belanda kan? And yang kat last Waheeda bukan dah sediakan DNA ke tapi Zahid xnak baca? Saya bagi cadangan je... Anyway senang di baca dan faham.. THANKS
ReplyDeletedah betul tu..ini soalan tentang perkara yang menimbulkan konflik kepada watak utama kan
Delete𝔸𝕤𝕤𝕒𝕝𝕒𝕞𝕦𝕒𝕝𝕒𝕚𝕜𝕦𝕞 𝕙𝕒𝕚𝕚 𝕘𝕦𝕪𝕤 𝕨𝕠𝕨 𝕞𝕖𝕟𝕒𝕣𝕚𝕜
ReplyDelete𝕋𝕘𝕙 𝕔𝕦𝕥𝕚 𝕡𝕜𝕡 𝕟𝕚 𝕜𝕒𝕟 𝕤𝕖𝕟𝕒𝕟𝕘 𝕡𝕝𝕒𝕜 𝕦𝕟𝕥𝕦𝕜 𝕦𝕝𝕒𝕟𝕘 𝕜𝕒𝕛𝕚 𝕡𝕒𝕤𝕒𝕝 𝕟𝕠𝕧𝕖𝕝 𝕝𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕒𝕕𝕟𝕒𝕟 𝕕𝕘𝕟 𝕥𝕚𝕣𝕒𝕟𝕚
𝕋𝕖𝕣𝕚𝕞𝕒 𝕜𝕒𝕤𝕚𝕙 𝕔𝕚𝕜𝕘𝕦 𝕪𝕘 𝕤𝕙𝕒𝕣𝕖 𝕟𝕠𝕧𝕖𝕝 𝕟𝕚
Nice
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJkgi nk spm dh baca jpp
ReplyDeleteYakka
ReplyDeleteNice..its help me a lot tqq
ReplyDeleteEsok exam wui
ReplyDelete