Rumusan
STRATEGI PENULISAN RUMUSAN SPM
Strategi 1 :
MENGANALIS KEHENDAK SOALANa) Baca arahan soalan dengan teliti.
b) Kenal pasti dan garisi dua frasa dalam arahan soalan yang menjadi fokus pertama dan fokus kedua.Strategi 2:
MEMBACA PETIKAN
a) Baca petikan yang diberi dengan teliti
b) Fahami isu keseluruhan yang ingin disampaikan.Strategi 3:
MENULIS PENDAHULUAN
a) Patuhi fokus pertama arahan soalan (terletak selepas perkataan ‘tentang’)
b) Tukarkan kata kunci dengan kata seerti dan mulakan ayat dengan Petikan membincangkan…
c) Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.Contoh:Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pencemaran alam sekitar di negara kita dan langkah-langkah mengatasinya.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Analisis soalan: Fokus 1 : Faktor-faktor pencemaran alam sekitar di Malaysia.
Fokus 2 : Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar
.Contoh Pendahuluan:Petikan membincangkan punca-punca terjadinya pencemaran alam sekitar di Malaysia.
Senarai perkataan alternatif untuk kata kunci bahagian pendahuluan
Langkah, usaha, strategi, kerjasama, tindakan, kaedah, inisiatif, tanggungjawab, cara.
|
Faktor, punca, sebab,pencetus,pendorong, pemangkin
|
Kesan, akibat, risiko, impak
|
Kekangan, halangan, masalah, rintangan, cabaran
|
Peranan, sumbangan, fungsi, tugas
|
Faedah, manfaat, kebaikan, kelebihan, kepentingan, keutamaan, kesan positif
|
Matlamat, tujuan, objektif
|
Ciri-ciri, criteria, sifat
|
Sikap, perwatakan , kelakuan, sahsiah, karektor
|
Imej, citra, gambaran, pelukisan
|
Kualiti, spesifikasi, ukuran, piawai
|
Nilai, norma
|
Masalah, kemelut, krisis, konflik, kesukaran , kepincangan, kebejatan
|
Situasi, keadaan, fenomena, senario
|
Kehendak, keperluan, keinginan
|
Mesej, teladan, pengajaran, iktibar
|
Strategi 4:
MENULIS ISI TERSURAT
a)Patuhi fokus pertama dalam arahan soalan. Cari dan kenal pasti ayat yang menjawab fokus pertama.dan garisi ayat tersebut

b)Tulis maksimum 6 isi tersurat. tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad
c)Mulakan ayat pertama dengan frasa pertama dalam arahan soalan
Contoh : Antara punca terjadinya alam sekitar di Malaysia ialah...............
d) Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan
e) Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat daripada petikan.
f) Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.
g)Tulis semula ayat dalam satu perenggan.
PANDUAN MENGENAL PASTI PERKATAAN / RANGKAI KATA DALAM AYAT yang mengandungi isi tersurat
CONTOH
Arahan Soalan: Kesan
Kata/rangkai kata yang mungkin digunakan;
-menyebabkan…, kebaikan/keburukan, implikasi…, kesan…, impak…, akibatnya dll
.
Arahan Soalan: Faktor
Antara rangkai kata yang mungkin digunakan;
…disebabkan oleh,punca / berpunca…, …akibat daripada…, didorong oleh…, kerana…
Arahan soalan : langkah
Strategi 5
MENULIS ISI TERSIRAT
-Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.
-Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.
-Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.
-Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.
STRATEGI MENULIS ISI TERSIRAT
1. Jika Fokus Soalan ‘Langkah’. Pelajar boleh fikir
a)Apakah tindakan ibu bapa
b)Apakah tindakan sekolah
c)Apakah tindakan kerajaan.
2. Jika Fokus Soalan ‘Faktor’.Pelajar boleh fikir
a)Apakah faktor persekitaran
b)Apakah faktor ibu bapa
c)Apakah faktor media massa
3. Jika Fokus Soalan ‘Kesan’.Pelajar boleh fikir
a) Apakah kesan pada diri sendiri/ibu bapa
b) Apakah kesan pada masyarakat
c) Apakah kesan pada negara.

Strategi 6
MENULIS KESIMPULAN
Wajib ada dua unsur penting iaitu CADANGAN dan HARAPAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu_____________(cadangan)

___________________ supaya/agar ________________
(harapan)______________________________
Contoh A:
Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha mengatasi masalah pencemaran alam sekitar supaya/agar masyarakat dapat hidup selesa.
Contoh B:
Kesimpulannya, semua pihak perlu memupuk minat membaca supaya/agar dapat melahirkan warganegara yang berilmu.
Strategi 7
MENYEMAK JUMLAH PERKATAAN
Bilangan Perkataan
- Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai.
Panduan Mengira perkataan
(a)Panduan yang dikira satu perkataan
Perkataan /rangkai kata
|
Contoh
|
Nama khas
|
Lembaga Pertubuhan Peladang, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil
|
Singkatan Nama Khas yang ditulis dengan huruf besar
|
LPP. KWSP, LUTH, AIDS , UMNO
|
Kata ganda
|
Bercakap-cakap, makan-makan, simpang siur, gunung-ganang.
|
Kata depan
|
Di, ke
|
Tarikh
|
7 JULAI 2005
|
Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
|
7, 17, 27, 70, dua ratus lima puluh ribu,
|
Nilai wang
|
USD8, 000, RM 88, 000.SD 880,000
|
Gelaran/ Nama Khas
|
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung, Yang amat berhormat Datuk Seri Najib bin Abdul Razak.
|
·
(b) Perkataan yang dikira lebih daripada satu
Contoh
|
Jumlah perkataan
|
Pertubuhan kesihatan Sedunia atau WHO
|
3
|
Sindrom kurang daya tahan penyakit
|
5
|
Sindrom kurang daya tahan penyakit atau AIDS
|
7
|
Orang ramai
|
2
|
Sepuluh ribu ringgit
|
2
|
Pemarkahan
- Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah
- 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa
- Pengenalan – 2 markah
- Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah
- Kesimpulan – 2 markah
- Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.
- Agihan isi untuk pemarkahan penuh
Bahagian
|
Bahagian Isi
| ||||
Pendahuluan
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
Isi tersurat
|
6
|
5
|
4
|
3
|
2
|
Isi tersirat
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Penutup
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
Jumlah
|
10
|
10
|
10
|
10
|
10
|
Perenggan
- Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat(4) perenggan seperti di bawah:
- Perenggan 1 – Pengenalan
- Perenggan 2- Isi-isi tersurat
- Perenggan 3 – Isi-isi tersirat
- Perenggan 4 – Kesimpulan
_________________________________________________________________________________
LATIHAN MENULIS PENDAHULUAN
Bina ayat pendahuluan rumusan bagi setiap arahan soalan di bawah.
1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kebaikan industri pelancongan kepada masyarakat desa dan peranan kerajaan untuk memajukan industri ini. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
2. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang tanggungjawab rakyat untuk mengisi kemerdekaan dan kesan jika masyarakat tidak menghargai kemerdekaan negara.. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

3. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha memperkasakan bidang kokurikulum dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

4. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan pemanasan global dan peranan Malaysia untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
5. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang saranan-saranan untuk memajukan ekopelancongan dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

6. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan punca PIBG gagal memajukan sekolah . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

7. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dan kesannya jika masalah ini tidak dibendung. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

8. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang halangan-halangan membangunkan industri bioteknologi di Malaysia dan implikasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

9. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang punca-punca kemerosotan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dan cara-cara mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

__________________________________________________________________________________
10. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang sebab-sebab manusia hari ini menjunjung nilai kebendaan dan usaha-usaha untuk mengikis sikap sedemikian. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

11. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang implikasi kes ragut terhadap masyarakat dan kepentingan untuk menangani gejala sosial tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

12. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan iklan kepada masyarakat dan langkah-langkah untuk mengatasinya . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

13. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha untuk mengelakkan krisis air dan kesan –kesan sekiranya ia tidak diatasi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

14. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha membudayakan amalan berbudi bahsa dalam kalangan masyarakat dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

15. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
16. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha- usaha yang dijalankan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
17. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri pembentukan identiti negara-negara ASEAN dan masalah-masalahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Petikan Rumusan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada bidang bioteknologi di negara ini dan halangan-halangan yang dihadapi untuk menjayakan bidang tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.
Selepas era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dunia sekarang menumpukan
perhatian pula kepada bidang bioteknologi. Bidang ini lebih menjurus dan menekankan aspek
penyelidikan. Hal ini bertepatan dengan takrifan bioteknologi itu sendiri yang berasal daripada gabungan biologi dan teknologi yang bermaksud penggunaan sains untuk penghasilan bahan lain yang boleh dimanfaatkan bersama. Bidang ini mengaplikasikan ilmu pengetahuan demi kesejahteraan manusia.
Dalam usaha memajukan sektor pertanian, semua pihak perlu melipatgandakan usaha
bagi membuktikan sektor pertanian bukannya sektor ‘lembap’ yang sebelum ini sentiasa
dikaitkan dengan kemiskinan. Kerajaan mahu menjadikan sektor pertanian maju dan dinamik
serta mampu memberi nafas baru selari dengan perkembangan arus globalisasi. Aspirasi
murni kerajaan ini terserlah dengan pelancaran Dasar Bioteknologi Negara (DBN). DBN
memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti flora dan fauna serta sumber
lain seperti mikro dan organisma marin untuk penyelidikan. DBN memastikan rakyat
mendapat faedah dengan wujudnya pelbagai bentuk aktiviti industri berasaskan bioteknologi.
Bidang ini menjadi kunci pemacu kemajuan yang diperlukan untuk mengubah proses
pertanian ke arah dimensi yang lebih moden, justeru meningkatkan imej sektor pertanian
yang sekian lama dilihat sebagai sektor kelas kedua dibandingkan dengan sektor pembuatan
dan automotif. Pendekatan baharu DBN juga membolehkan industri herba yang dikatakan
bernilai RM50 bilion setahun akan terus berkembang. Pastinya penyelidikan bioteknologi
bukan sekadar memproses Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, tetapi juga mencakupi aspek
penghasilan enzim dan makanan berfungsi serta penghasilan tumbuhan dan haiwan ternakan
baka baharu. Penambahbaikan secara agresif oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan bidang ini akan terus berkembang maju.
Dalam aspek yang lain, menerusi bidang bioteknologi industri bahan buangan atau
sisa industri dapat diberikan nilai tambah untuk menghasilkan produk baharu yang boleh
dimanfaatkan. Bidang ini dianggap sebagai ilmu sains yang membawa kekayaan dan
kemakmuran kepada manusia. Penyelidikan yang dilakukan dalam bidang ini tidak
menggunakan unsur kimia untuk menghasilkan sesuatu penemuan, sebaliknya hanya
menggunakan mikroorganisma, sel, dan molekul untuk tujuan tertentu.
Tidak dapat dinafikan masa depan negara ini antara lain bergantung pada kejayaan
bidang bioteknologi dan keberkesanan pelaksanaan DBN. Kita telah menyaksikan komitmen
yang diberi oleh pihak kerajaan untuk menggapai kesejahteraan dan kemakmuran negara
melalui bidang yang semakin penting ini. Justeru peluang untuk menikmati faedah daripada
bidang bioteknologi ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Bidang Bioteknologi: Malaysia Mula
Mengukir Nama, Dewan Masyarakat, Ogos 2005)
Rangka jawapan
Pendahuluan;
Petikan membincangkan manfaat yang diperoleh daripada pembangunan bioteknologi di negara kita
Isi Tersurat
1.
1.DBN memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti flora dan fauna serta sumber
2. Mengubah proses pertanian ke arah dimensi yang lebih moden,
3. Meningkatkan imej sektor pertanian
4.Membolehkan industri herba yang dikatakanbernilai RM50 bilion setahun akan terus berkembang
5.Aspek penghasilan enzim dan makanan berfungsi serta penghasilan tumbuhan dan haiwan ternakan
6.Industri bahan buangan atau sisa industri dapat diberikan nilai tambah untuk menghasilkan produk baharu yang boleh
Isi Tersirat
1.Kos penyelidikan bioteknologi tinggi.
2.Kekurangan tenaga pakar dalam bidang ini
Kesimpulan
Kesimpulannya ,bidang bioteknologi harus diberikan perhatian oleh pengusaha industri agar sumber kepelbagaian biologi di negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
NOTA
1. Pastikan pelajar menukar perkataan faedah dengan kata sinonim seperti manfaat pada bahagian pendahuluan
2. Bahagian yang dihitamkan pada petikan ialah isi tersurat.
3. Pelajar perlu mencari maksimum 6 isi tersurat daripada petikan
4. Pelajar yang telah mencari 6 isi tersurat, hanya perlu menjana dua isi tersirat untuk bahagian isi tersirat( isi tersirat tidak boleh diambil daripada petikan sama sekali), 100 peratus idea pelajar.
5. Bahagian kesimpulan mesti berupa cadangan dan kesan cadangan berkaitan dengan tema petikan yang dikemukakan.
Contoh Jawapan Rumusan
Petikan membincangkan manfaat yang diperoleh daripada pembangunan bioteknologi di negara kita
Antara faedah pembangunan bioteknologi ialah dapat dimanfaatkan untuk tujuan penyelidikan. Seterusnya, bidang ini menjadi kunci pemacu kemajuan yang diperlukan untuk mengubah proses pertanian ke arah dimensi yang lebih moden. Situasi ini dapat meningkatkan imej sektor pertanian yang selama ini dianggap sektor kelas kedua. Faedah selanjutnya ialah membolehkan industri herba di negara ini berkembang. Selain itu,aspek penghasilan enzim dan makanan turut berfungsi dengan adanya pembangunan bioteknologi. Selanjutnya , bahan buangan juga boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan produk baharu .
Halangan untuk memajukan bidang bioteknologi ialah kos yang tinggi . Selain itu, negara juga masih kekurangan tenaga pakar.
Kesimpulannya ,bidang bioteknologi harus diberikan perhatian oleh pengusaha industri agar sumber kepelbagaian biologi di negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Petikan Rumusan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan pusat sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah kurang dikunjungi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu dan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat yang merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah.
Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah, khususnya murid. Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik.
Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.
Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Di samping memupuk minat gemar membaca dan membuat penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu’ oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011)
Jawapan Model Rumusan
Petikan membincangkan fungsi pusat sumber sekolah.
Antara peranan pusat sumber sekolah adalah sebagai pusat untuk menyediakan, menyimpan dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Seterusnya, pusat sumber berperanan besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual murid. Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat menjalankan kegiatan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, pusat sumber juga berperanan untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Selanjutnya . pusat sumber turut berperanan dalam membaiki kualiti pendidikan negara . Akhir sekali, pusat sumber sekolah berfungsi dalam memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.
Pusat sumber dikunjungi pelajar untuk meminjam bahan rujukan . Selain itu, guru turut menjalankan proses pengajaran berasaskan teknologi maklmat di pusat sumber.
Kesimpulannya, pelajar dan guru harus memanfaatkan pusat sumber sekolah untuk mengakses ilmu agar dapat menjana generasi berpengetahuan tinggi .
Latihan
1. Kira jumlah perkataan dan tuliskan. _______________ patah perkataan.
2. Tuliskan semula jawapan model di atas.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Petikan Rumusan 3
Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
______________________________________________
Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.
Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok.
Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premiskerajaan.
Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.
Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!

__________________________
Jawapan Model Rumusan
Petikan membincangkan kesan negatif akibat merokok.
Merokok mendatangkan keburukan kerana perbuatan ini merupakan satu bentuk pembaziran. Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Perbuatan ini turut membahayakan kesihatan orang lain di sekeliling mereka. Pada masa yang sama, merokok menyebabkan orang lain berasa tidak selesa serta mengganggu komunikasi. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang amat sukar untuk dihentikan. Malah, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran.
Kekangan untuk menghindarkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar ialah sikap pekedai yang masih menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun. Tindakan penguatkuasaan yang tidak tegas turut menghalang usaha membanteras tabiat ini.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu agar masalah merokok dalam kalangan pelajar dapat diatasi bagi melahirkan generasi yang sihat.
Latihan
1. Kira jumlah perkataan dan tuliskan. _______________ patah perkataan.
2. Tuliskan semula jawapan model di atas.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Petikan Rumusan 4
Baca petikan di bawah dan tulis rumusan tentang faedah-faedah membeli barang-barang buatan tempatan dan cabaran yang dihadapi oleh barang-barang tempatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
_____________________________________________

Pada tahun 1986, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri yang dinamakan Proton Saga. Sejak tarikh tersebut, promosi secara besar-besaran dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat negara ini membeli dan menggunakan barangan tempatan bukan sahaja terhadap kereta nasional tersebut malah bagi semua hasil keluaran industri tempatan. Promosi pertama mengajak rakyat membeli dan menggunakan barangan tempatan ini telah berjaya meningkatkan pasaran bagi hasil keluaran industri di Malaysia sekaligus menjana ekonomi negara.
Membeli barangan tempatan dan menggunakannya bukanlah sesuatu yang harus dipandang aneh. Hal ini disebabkan mutu atau kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan hasil keluaran yang dijual oleh negara-negara lain. Malah keluaran tempatan mampu diakui kualitinya kerana pembikinannya adalah berkonsepkan kemalaysiaan. Pada masa yang sama, pembelian barangan tempatan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang setara dari luar Negara. Sebagai contohnya, dengan membeli kereta nasional, negara kita dapat mengurangkan pembelian kereta import dari Jepun dan Amerika syarikat. Dengan cara itu, negara telah berjaya mengurangkan aliran wang negara kita daripada keluar ke negara lain. Hal ini sudah pasti mampu menambah nilai tambah hasil industri di Malaysia.
Pembelian barangan tempatan oleh rakyat sendiri juga mampu menggalakkan pertumbuhan kilang-kilang dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat menjamin kemajuan industri secara berterusan. Dalam keadaan seperti ini, kilang-kilang yang dibuka akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Memandangkan jumlah penduduk Malaysia telah mencecah 27 juta orang pada tahun 2008, perkembangan industri adalah amat penting bagi menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi.

Usaha yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk mempromosikan barangan buatan tempatan perlu diteruskan bagi memantapkan kepercayaan rakyat agar barangan tempatan terus diguna pakai. Pembelian dan penggunaan barangan tempatan sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat. Mereka juga akan lebih beruntung kerana dapat membeli barangan tempatan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga barangan import, sedangkan mutu serta kualitinya adalah sama. Justeru, bagi rakyat yang cinta akan negara, saranan kerajaan agar menggunakan barangan tempatan perlulah disambut baik.
Jawapan Model Rumusan
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan membeli barangan tempatan.
Kebaikan membeli barangan tempatan ialah dapat meningkatkan pasaran hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara. Kualiti barangan tempatan juga adalah setanding dengan hasil keluaran yang diimport. Apabila kita membeli barangan tempatan kita dapat mengurangkan pembelian barangan import. Pada masa yang sama, tindakan itu dapat mengurangkan aliran wang keluar negara. Selain itu, membeli barangan tempatan dapat menggalakkan perkembangan industri tempatan. Pembeli juga beruntung kerana harga barangan tempatan lebih murah.
Sementara itu, cabaran bagi barangan tempatan termasuklah sikap rakyat yang gemar mengagung-agungkan barangan import. Barangan tempatan juga sukar menembusi pasaran antarabangsa.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan agar pasaran barangan tersebut mampu menempuhi pasaran antarabangsa.
Latihan
1. Kira jumlah perkataan dan tuliskan. _______________ patah perkataan.
2. Tuliskan semula jawapan model di atas.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Petikan Rumusan 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan penggunaan teknologi insenarator untuk melupuskan sampah dan masalah-masalahnya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Masalah pelupusan sampah bukan sahaja dihadapi di negara kita, tetapi juga di negara-negara maju seperti Jepun dan Britain. Berdasarkan jumlah sampah yang semakin meningkat setiap tahun, pelupusan sampah secara konvensional sudah tidak praktikal lagi pada masa ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan mahu rakyat bersedia untuk berkongsi bersama-sama bagi menanggung kos pelupusan sampah dengan menggunakan sistem yang lebih berkesan termasuklah penggunaan insenarator bagi memastikan penjagaan alam sekitar lebih terjamin. Malaysia akan menggunakan insenarator dalam tempoh lima tahun lagi bagi menggantikan kaedah pelupusan sampah yang sedia ada pada masa ini Kurang berkesan.
Pelbagai cadangan telah dikemukakan bagi mengatasi masalah pelupusan sampah termasuklah pembinaan loji insenarator yang digunakan oleh negara-negara maju seperti Jepun, Jerman dan Denmark. Antara teknologi insenarator moden yang dimajukan termasuklah dengan menggunakan gasifikasi dan peleburan abu yang dapat mengurangkan pengeluaran dioksin pada tahap yang memenuhi piawaian antarabangsa. Teknologi ini direka bentuk dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar dan mampu merawat sampah dengan cepat. Selain itu, teknologi insenarator tidak menjejaskan kesihatan dan keselesaan penduduk yang berhampiran.
Selain dapat menyelesaikan masalah pelupusan sampah, teknologi insenarator juga mampu menjana tenaga yang dapat memenuhi keperluan untuk menggerakkan loji berkenaan. Di samping itu, teknologi tersebut berupaya untuk menjual tenaga yang dihasilkan kepada syarikat utiliti yang terdapat di negara ini. Terdapat juga insenarator bergerak yang menggunakan roda dan berupaya mengendalikan dua tan sisa termasuklah pepejal. Insenarator seumpama itu adalah berkonsepkan mesra alam dan tidak mencemarkan alam. Tambahan pula, insenarator tersebut berupaya untuk melakukan pembakaran yang bebas toksin terhadap sisa pepejal dan cecair domestik.
Mesin insenarator itu juga dapat mengurangkan jumlah sisa sehingga 90 peratus iaitu pengurangan besar yang sebelum ini terpaksa dibuang di tapak pelupusan sampah. Teknologi tersebut turut dikatakan tidak mengeluarkan bau busuk atau melepaskan gas bahaya ke udara. Oleh hal yang demikian, kita berharap agar pembinaan insenarator tersebut akan menjadi kenyataan pada masa yang telah dijangkakan. Hakikat yang perlu kita terima ialah kaedah pelupusan yang digunakan sekarang, tidak lagi mampu untuk menampung sampah yang kita buang setiap hari.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Penggunaan Insenarator Tidak Dapat Dielakkan’,
Berita Harian, 10 Mac 2007)

Lengkapkan dengan ayat-ayat yang sesuai .
Petikan membincangkan________________________________________________
_________________________________________________________________________.
Kebihan penggunaan teknologi insenarator ialah__________________________________
__________________________________________________________________________
Selanjutnya,________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Selain itu,__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Tambahan pula,_____________________________________________________________________

Seterusnya,________________________________________________________________________

Akhir sekali,_______________________________________________________________________
________________________________________________________________________________.
Antara masalah penggunaan teknologi inseranator ialah __________________________
_________________________________________________________________________________.
_________________________________________________________________________________
Rintangan seterusnya ialah___________________________________________________________
________________________________________________________________________________.
Kesimpulannya______________________________________________________________________________________________________________________________________________________.
Petikan Rumusan 6
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010.
Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi
pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej
rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baikinfrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyakRM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerjapengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000.
Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan
elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu, Sabah.
Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai
pihak seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, AgroBank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk
membantu peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah
dengan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan
kurang upaya dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan
keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan
pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan
menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.
Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian
cukai yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.
Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah
komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan
landasan kukuh yang telah kita bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‚‛Pakej RM60b
Perkukuh Ekonomi Negara Hadapi Kegawatan Global’,
Berita Harian, 11 Mac 2009)

Beban rakyat dikurangkan oleh kerajaan dengan ____________________________ ___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Selanjutnya,________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Selain itu,__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Tambahan pula,_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Seterusnya,________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Akhir sekali,_______________________________________________________________________
________________________________________________________________________________.
Kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat antaranya _______________________________
________________________________________________________________________________.
Kesan seterusnya ialah_______________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Kesimpulannya_________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Petikan Rumusan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan faktor-faktor kanak-kanak memilih makanan kurang berkhasiat dan kesan pemakanan tersebut kepada kanak-kanak. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebih 120 perkataan.
Kecenderungan kanak-kanak memilih makanan segera dan makanan rapu sebenarnya mewujudkan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Memburukkan keadaan, hampir saban hari kanak-kanak ini terdedah dan mula tertarik dengan iklan-iklan makanan segera yang mengiurkan. Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan di pasaran hari ini mengandungi emulsifier, bahan pewarna, dan perisa yang antaranya boleh mendatangkan kemudaratan. Begitu juga dengan kandungan lemak tepu, gula, dan garam yang tinggi ditambah kandungan serat yang sangat rendah dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja terutama anak-anak.
Ada ibu bapa yang tidak mengambil pusing akan hal ini, ditambah mereka sendiri mempunyai tabiat pemakanan yang kurang sihat malah, beranggapan tiada salahnya anak-anak tidak dihidangkan makanan sewajarnya seperti sayur-sayuran atau buah-buahan dalam menu harian, lantaran begitu banyak lambakan pil vitamin yang boleh diperoleh di farmasi-farmasi dan ejen-ejen jualan langsung. Ironinya, pakar pemakanan sendiri tidak menggalakkan masyarakat untuk terlalu bergantung kepada pil-pil suplimen seperti ini.
Menurut, Coughlin dalam jurnalnya yang bertajuk ‘Body image dissatisfaction in children: prevalence and parental influence’ terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak-anak mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat, antaranya apabila anak-anak mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak di rumah yang kononnya bertujuan untuk dinikmati semasa bersantai sambil menonton televisyen bersama keluarga di rumah. Keadaan ini membuka ruang dan pengaruh kepada anak-anak untuk lebih tertarik menikmati makanan ringan tersebut berbanding makanan berat yang lebih berkhasiat. Memang tidak salah untuk sesekali anak-anak makan makanan ringan, namun ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan ringan berkhasiat seperti biskut, roti berkrim, bertih jagung rendah lemak , yogurt atau kismis.
Keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran adalah terhad kerana ada ibu bapa yang memaksa anak-anak makan satu-satu jenis makanan sahaja. Hal ini akan menyebabkan anak-anak kebosanan dan tidak berminat untuk terus menikmati sajian makanan yang serupa. Maka, ibu bapa harus bijak mempelbagai jenis dan cara makanan disajikan namun yang penting, khasiat makanan tetap terpelihara dan mendatangkan manfaat kepada perkembangan minda dan fizikal anak-anak. Jika anak-anak mahu makan burger, sosej atau ayam goreng, seperti yang dijual di restoran makanan segera, ibu bapa sendiri sebenarnya mampu untuk menyediakan makanan segera tersebut dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi.
Kanak-kanak juga mempunyai emosi. Kanak-kanak yang mengalami kesedihan, ketakutan atau krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat kurang makan atau terlebih makan. Jika ibu bapa melihat emosi anak-anak yang terganggu sebegini turut memberi kesan negatif kepada tabiat pemakanan mereka, maka dicadangkan agar masalah yang menghantui anak-anak itu diselesaikan dahulu, bukan terfokus kepada membetulkan kaedah makan mereka. Kesimpulannya pemilihan makanan yang tepat membantu seisi keluarga untuk berjimat-cermat sekali gus memiliki tubuh badan yang sihat.
Dipetik daripada Motivasi dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa
sumber daripada Vijayaletchumy Subramaniam
Pelita Bahasa oktober 2008

Petikan membincangkan________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Antara punca kanak-kanak memilih makanan tidak berkhasiat ialah ______________________
________________________________________________________________________________.
Selanjutnya,________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Selain itu,__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Tambahan pula,_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Seterusnya,________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________.
Akhir sekali,_______________________________________________________________________
________________________________________________________________________________.
Kesan pemakanan tersebut kepada kanak-kanak ialah_______________________________ _________________________________________________________________________________
Kesan seterusnya ialah_____________________________________________________________
_______________________________________________________________________________.
Kesimpulannya_______________________________________________________________
_________________________________________________
PRAKTIS BERFORMAT SPM
PRAKTIS 1
RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menangani rasuah dan kesan-kesan negatif gejala rasuah kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rasuah bukanlah suatu fenomena baru yang wujud dalam masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban serta membina ketamadunan. Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan dan juga nepotisme. Dalam masyarakat kita rasuah juga dikenali sebagai sogokan, duit kopi, duit bawah meja dan makan suap. Perbuatan dan amalan ini dilakukan secara sembunyi dan rahsia dengan melibatkan sekurang-kurangnya dua orang ataupun dua pihak. Amalan ini melibatkan elemen timbal balik dan juga melibatkan pihak yang mampu mempengaruhi sesuatu keputusan. Rasuah selalunya mengandungi unsur-unsur penipuan yang melibatkan masyarakat umum dan pelanggaran undang-undang yang dilakukan secara sedar bertujuan untuk mendapat keuntungan. Atas kesedaran itu, langkah dan tindakan kerajaan kita untuk memerangi serta membenteras rasuah secara habis-habisan hingga peringkat akar umbi amatlah dialu-alukan.
Dalam menangani gejala rasuah ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia (SPRM) perlulah berperanan lebih aktif. SPRM mestilah bersikap lebih tegas dan komited dalam melaksanakan tugasnya, di samping pihak kerajaan memperketat undang-undang terhadap golongan yang terlibat dengan rasuah. Penubuhan Institut Etika Awam dan Pelan Integriti Nasional adalah antara cadangan yang baik untuk memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan pada pelbagai peringkat pentadbiran. Hal ini demikian kerana jika tidak dibendung dengan segera, rasuah sudah pasti akan menular dalam seluruh kehidupan masyarakat. Rasuah bolehlah diibaratkan virus yang hinggap pada tubuh badan manusia dan akhirnya merebak sebagai kanser yang membunuh mangsa itu sendiri.
Di samping itu, kakitangan sektor awam ataupun sektor swasta mestilah mempunyai jati diri yang mantap dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pekerja yang telus dan ikhlas selaras dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Pada masa yang sama, sikap menghindari rasuah perlu disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu menjadi teladan dan membimbing anak-anak agar mereka menjauhi rasuah. Selain itu, pihak sekolah perlu memberi pendedahan tentang keburukan rasuah. Guru-guru hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai positif kepada pelajar melalui semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Pendidikan Islam ataupun Moral. Di samping itu, masyarakat juga perlu prihatin dengan gejala rasuah yang berlaku di persekitaran mereka. Mereka sepatutnya membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab jika mengetahui wujudnya gejala rasuah agar sesuatu tindakan dapat diambil dengan segera.
Untuk menyelesaikan masalah ini, komitmen dan sokongan daripada semua pihak, khususnya anggota masyarakat itu sendiri sangat diperlukan. Rasuah merupakan masalah masyarakat dan berpunca daripada masyarakat. Jadi, penyelesaian terhadap masalah ini harus melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa sebarang pengecualian.
(Dipetik dan diubah suai daripada Cabaran ke Arah Rasuah Sifar : Berita Harian Julai 2010)
(30 markah)
PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, dan jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata hingga peringkat akar umbi.
[2 markah]
(ii) Nyatakan cara-cara yang berkesan yang dapat dilakukan untuk membanteras gejala rasuah? (4 markah)
(iii) Pada pendapat anda, nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam gejala rasuah. [4 markah]
PRAKTIS 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara membendung masalah jenayah dan faedahnya. Panjang rumusan tidak melebihi 120 perkataan.
Kita perlu berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan kerana kejadian jenayah boleh berlaku tanpa diduga. Kes seorang eksekutif pemasaran wanita berusia 25 tahun dipercayai dirogol sebelum dibunuh di Sungai Petani, Kedah dan banyak lagi kejadian jenayah yang dilaporkan media massa hampir setiap hari sejak kebelakangan ini secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan kepada kita. Kita mungkin masih ingat kejadian jenayah kes berat seperti kes rogol dn bunuh yang pernah menggemparkan seluruh negara sebelum ini, seperti kes pembunuhan Canny Ong pada Jun 2003, Norita Shamsudin pada Disember 2003 serta kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani yang juga dibunuh selepas dirogol pada Januari 2004.
Rentetan kes jenayah ini, serta kejadian samseng jalanan, samun, rompak, culik, pembunuhan hinggalah k ekes ragut, semuanya jelas mencalarkan reputasi negara yan aman dan toleransi ini. Kita tidak bertujuan menakutkan orang ramai atau cuba membesar-besarkan kes jenayah yang berlaku. Kita tidak mahu terus hidup dalam kebimbangan, takut berjalan bersendirian diluar rumah sama ada siang atau malam, malah berfikir dua kali sebelum keluar berjogging dan beriadah. Apa yang penting kita bersama-sama menjaga keselamatan kawasan perumahan kita. Selain itu, kita perlu mengenali lebih rapat jiran supaya mudah untuk kita memerlukan pertolongan jika menghadapi sesuatu musibah. Dalam pada itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali atau mereka yang berkelakuan mencurigakan di kawasan persekitaran kita.
Apakah sebenarnya yang mendorong penjenayah ini sehingga mereka sanggup membunuh dan melakukan kekejaman ke atas orang yang tidak bersalah, sedangkan budaya kita tidak pernah dikaitkan dengan sebarang bentuk keganasan dan kekerasan? Mungkinkah kebanjiran begitu ramai warga asing kini menyumbang kepada peningkatan kes jenayah? Jika diteliti kebanyakan kes culik dan bunuh ada kaitan dengan kes rogol. Apakah mungkin ini berlaku kerana adanya terlalu banyak ubat peransang seks di pasaran sehingga manusia hilang pertimbangan akal demi memuaskan nafsu mereka? Kita tidak boleh membiarkan penjenayah terus mencemarkan imej negara, terutama di mata pelancong asing. Jangan kerana tindakan mereka ini, pelancung takut mengunjungi Malaysia, sekaligus meruntuhkan industri pelancongan kita.
Setelah mengkaji punca berlakunya jenayah, sewajarnya kita mengetahui cara untuk mengatasinya. Bagi yang berjalan kaki, elakkan melalui kawasan sunyi untuk mengelakkan kejadian jenayah seperti gejala ragut. Dalam waktu yang sama masyarakat hendaklah perihatin apabila mendengar jeritan orang yang tidak dikenali, yang kemungkinan mahu meminta pertolongan. Bagi taman perumahan yanag terdedah kepada jenayah, kita mengharapkan polis membuat rundaan lebih kerap. Kita akui polis mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan dan tidak mungkin mampu membuat rondaan di setiap taman perumahan. Oleh hal yang demikian, penduduk boleh mengumpul wang dan seterusnya mendapatkan khidmat pengawal keselamatan secara tetap. Penduduk juga boleh menghidupkan semula konsep Rukun Tetangga yang bertugas mengawal taman perumahan pada waktu malam. Ingatlah, jenayah akan datang ketika kita sedang dalam keadaan leka.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang, Kerjasama Masyarakat Penting Banteras Jenayah, Berita Harian, 17 Januari 2006)
Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
(i) Berikan maksud rangkaikata Renteten kes jenayah. (2 markah)
(ii) Apakah kesan jenayah yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini? (4 markah)
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu sanggup melakukan jenayah? (4 markah)
PRAKTIS 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor pengangkutan awam semakin tidak popular dan kewajaran masyarakat mengutamakan perkhidmatannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Pengangkutan awam merupakan satu alternatif untuk sampai ke destinasi yang biasa dilihat terutamanya di kota-kota besar. Walau bagaimanapun, sering juga terdengar rungutan tentang masalah masa perjalanan pengangkutan awam di negara kita yang tidak tetap. Perkara inilah yang mendorong sebilangan pekerja menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja daripada menaiki pengangkutan awam. Selain itu, ada yang beranggapan bahawa pengangkutan awam disediakan hanya untuk golongan yang kurang mampu. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mahu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Sikap suka meremehkan perkhidmatan pengangkutan awam harus dikikis daripada pemikiran kita semua. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam mempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri dalam membantu orang ramai sampai ke destinasi. Di negara-negara maju pengangkutan awam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyatnya. Senario seumpama ini belum wujud sepenuhnya di negara kita kerana pengangkutan awam bukan saja dianggap tidak cekap, malah sering disalahkan kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan para pengguna. Selain itu, mutu pengangkutan awam di Malaysia dikatakan ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu pengangkutan awam di negara-negara lain. Sebagai akibatnya, pengangkutan awam menjadi semakin tidak popular di kalangan masyarakat kita dan kepentingannya hilang di tengah-tengah arus pembangunan negara. Selain itu, ada dakwaan lain yang menyebut bahawa banyak terdapat perkhidmatan teksi dan bas yang dijadikan pengangkutan awam sudah uzur dan tidak layak bergerak di atas jalan raya. Di samping itu, terdapat juga kereta sewa yang beroperasi sebagai pengangkutan awam tetapi kebanyakannya dalam keadaan yang cukup uzur dan usianya melebihi sepuluh tahun.
Kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada waktu puncak sudah berlarutan beberapa Iama dan perkara ini melemahkan semangat mereka untuk menggunakannya. Oleh sebab itu, langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini jika kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas misalnya, perlu ditambah dan diperkemas jadual perjalanannya supaya tidak terus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang terpaksa menunggu ketibaan bas secara tidak menentu sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju. Dalam tempoh terdekat ini suatu kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Syarikat pengangkutan awam pula wajar menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka, misalnya dengan memberikan potongan harga bagi perjalanan jangka masa panjang.

Soalan 2 :Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.i. Apakah maksud alternatif untuk sampai ke destinasi dalam petikan di atas?
[2 markah]
ii. Bagaimanakah perkhidmatan pengangkutan awam dapat dibaiki? [6 markah]
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah penumpang yang dikenakan bayaran yang mahal oleh pemandu teksi dapat ditangani? [6 markah]

Rajinnya cikgu. .saya mohon share ya
ReplyDeletePala bapak kau
ReplyDelete