Tatabahasa


 PANDUAN MENJAWAB  SOALAN 3 kERTAS 2 (Tatabahasa)  

 a) BINA AYAT

1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan
tanda baca (tanda petik).

Pelajar dilarang :
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.


Contoh soalan dan jawaban:

  
(i) Suka duka.
 
Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di kawasan itu. ( Ayat Majmuk )
 
(ii) Baik buruk.
 
Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu. ( Ayat Majmuk )

(iii) Penat lelah
 
Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. ( Ayat Majmuk )

(iv) Melayari laman web
 
Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ( Ayat Majmuk )
 
(v) Pembangunan mesra alam
 
Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa.
Ayat Majmuk )
 

 
(vi) Semangat setia kawan
 
Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat setia kawan dan persahabatan perlulah dipelihara.
( Ayat Majmuk )
 

Tip :
Setiap ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.
- Jika pelajar melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan ditolak.
- Pelajar haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat.
- Perhatikan contoh binaan ayat di bawah :
1) Nizam menaikkan bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan. (Ayat Gramatis)
2) Nizam menaiki bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)
Dalam ayat (1) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi tatabahasa. Ayat (2) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya. Ayat ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak logik.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IMBUHAN  Me.....kan  dan Me.....i    dan Me.......:

Me...kan  (apa  kepada/untuk  siapa)
Me....i  ( kepada siapa)
Me....( kepada siapa )

Rumus:
me-…-kan ---Objek Bergerak,
me-….-I –Objek Tidak Bergerak


Huraian:
Apitan men-…-kan dan men-…-I yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-…kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men-…-I diikuti oleh objek yang tidak bergerak.

Contoh:


A     Menghadiahi   dan menghadiahkan

1.        Emak menghadiahi adik sebuah basikal
2.       Emak menghadiahkan sebuah basikal kepada adik

B     Mengajar  dan mengajarkan

1.       Puan Hidayah  mengajar pelajar mata pelajaran  Matematik
2.       Puan Hidayah mengajarkan Matematik kepada pelajarnya 
*tidak ada  perkataan  mengajari.

C     Mengirimi dan mengirimkan

1.       Farhan mengirimi Suzana sepucuk surat
2.       Farhan mengirimkan sepucuk  surat kepada Suzana

 D   menganugerahi dan menganugerahkan

1.       Sultan Pahang menganugerahi pembesar pingat kebesaran
2.       Sultan Pahang menganugerahkan pingat kebesaran kepada pembesar.

E     menghutangi dan menghutangkan

1.       Ceti  haram itu menghutangi mereka wang
2.       Ceti haram itu menghutangkan wang kepada mereka.

F   menjatuhi  dan menjatuhkan

1.       Hakim menjatuhi pesalah  hukuman gantung sampai mati.
2.       Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah  itu

G   menasihati dan menasihatkan

1.       Encik  Azrin menasihati pelajar supaya berkelakuan baik.
2.       Encik Azrin menasihatkan perkara itu kepada pelajar.


 ________________________________________________________________________

Imbuhan MeN. ...... dan MeN.....kan

MeN.... :  subjek  bergerak (apa? ,untuk /kepada siapa
MeN...kan : Objek tak bergerak (benefaktif) (siapa?.....apa?)

 Rumus:


Me---kan --> Objek Bernyawa
Me-… --> Objek Tak Bernyawa


Huraian:

Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Dalam situasi ini, apitan men-…-kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa. 

1.Contoh      
S

S   A Membuat dan membuatkan

           1.Saya akan membuat secawan  kopi untuk ayah
2.                 2..   Saya akan membuatkan ayah secawan kopi

B. Menjahit dan menjahitkan

       1. Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik
       2. Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung

C. Mencari dan mencarikan

     1. Azhari mencari ubat sakit pinggang untuk Pak Badar.
     2. Azahari mencarikan Pak Badar ubat sakit pinggang

D. Menyuntik dan menyuntikkan

     1. Aminah menyuntik kucing  ubat bius
    2. Aminah menyuntikkan ubat bius kepada kucing

E. Membeli dan membelikan

   1. Ahmad membeli sebuah buku untuk Nabil
   2. Ahmad membelikan Nabil sebuah buku.

F. Membaca  dan membacakan

1. Asyraf membaca sepucuk surat kepada nenek
2.Asyraf membacakan nenek sepucuk surat

 ________________________________________________________________________

Imbuhan MeN....i (subjek bergerak)
MeN....kan (objek bergerak)


A    Menenggelami dan menenggelamkan

1.       Banjir menenggelami rumah-rumah di taman itu
2.       Banjir  menenggelamkan rumah-rumah  di taman itu.

B Melayari dan melayarkan

1.       Azhar melayari samudera dengan sebuah perahu
2.       Azhar melayarkan perahu kertas di kolam renang.

C. Menaiki dan menaikkan

      1. Anggota bomba menaiki tangga untuk ke tingkat dua bangunan itu.
      2. Anggota bomba menaikkan tangga ke tingkat dua.

D. Menghiasi dan menghiaskan

    1. Kerongsang mutiara menghiasi tudung Puan Haryati
    2. Puan Haryati menghiaskan kerongsang pada tudungnya.

Contoh Kesalahan

1.       Badan amal itu membantu kanak-kanak miskin dengan memberi keperluan asas kepada mereka.(memberikan)
2.       Pihak polis telah menemui mayat di ladang getah Guthrie( menemukan)
3.       Pihak TV 3 memberi bantuan kepada mangsa tanah  runtuh( memberikan)



________________________________________________________________________

Latihan A.

Tuliskan semula ayat- ayat di bawah dengan memberikan awalan ‘ meN- yang sesuai berdasarkan perkataan -perkataan dalam kurungan.


1. Pasukan keselamatan telah berjaya ............( tangkap ) lapan orang pencuri kereta dan ..........( bunuh ) ketuanya.

2. Sementara ............( nanti ) pada masak , petani itu ..........( tanam ) jagung.

3. Gopal ........( ngilai ) dengan kuatnya apabila .........( dengar ) kisah lucunya itu.

4. ............( lompat ) ialah sebahagian daripada latihan gerakan badan.

5. Cikgu Husin ..........( ajar) kami mata pelajaran Bahasa Melayu.

6. Ali ..........( lap ) cermin tingkap biliknya.

7. Kapal terbang tentera berjaya ..........( bom ) kubu musuh.

8. Janganlah kamu hampiri tempat latihan menembak itu kerana sangat ..............( bahaya )

9. Pak Ali fasih ...........( kaji ) al- Quran.

10. Pakar kimia sedang ------- ( kaji ) punca kebakaran itu.


Latihan B.

Pilih perkataan yang sesuai dari kurungan untuk mengisi tempat kosong dalam ayat .( Latihan ini bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar mengenai tingkah laku alomorf-alomorf tertentu ( meN- ) walaupun daripada kata dasar yang sama.


1. Dia ................ ( membaca , membacakan , membacai , memperbacai) surat kakaknya .

2. Pak Abu ...........( membaca , membacakan, membacai , memperbacakan) isterinya surat dari Aminah.

3. Dia ...........( mempercayakan ,mempercayai mempercaya ) anaknya untuk menjalankan urusan perniagaan.

4. Tidak seorang pun .............( mempercaya , mempercayakan , mempercayai ) cerita hantu itu.

5. Dia .............( membesar , memperbesarkan , membesarkan ) anak-anaknya dengan berjual kuih-muih.



LATIHAN C



Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]


(1) Nenek membekalkan Najwa pisang goreng. [ ]
(2) Nenek membekali pisang goreng kepada Najwa.[ ]
(3) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati. [ ]
(4) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu. [ ]
(5) Guru menghadiahkan Salima sebuah buku rujukan. [ ]
(6) Guru menghadiahi sebuah buku rujukan kepada Salima. [ ]
(7) Cikgu Zamilah mengajarkan kami mata pelajaran Matematik. [ ]
(8) Cikgu Zamilah mengajar mata pelajaran Matematik kepada kami. [ ]
(9) Saya memberi anak-anak yatim wang sebanyak RM5.00. [ ]
(10) Saya memberikan wang kepada anak-anak yatim sebanyak RM 5.00. [ ]


LATIHAN D

Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]


(1) Kakak membuatkan secawan kopi untuk ayah. [ ]
(2) Kakak membuat ayah secawan kopi. [ ]
(3) Ibu memasakkan ayah sup kambing. [ ]
(4) Ibu memasak sup kambing untuk ayah. [ ]
(5) Pelayan itu mengambilkan saya makanan. [ ]
(6) Pelayan itu mengambil makanan untuk saya. [ ]
(7) Reza menuliskan sepucuk surat untuk neneknya. [ ]
(8) Reza menulis neneknya sepucuk surat.[ ]
(9) Mereka akan membelikan kami cenderamata. [ ]
(10) Mereka akan membeli cenderamata untuk kami. [ ]





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

b) AYAT  CAKAP AJUK  kepada AYAT CAKAP PINDAH /
    PERBUALAN kepada CAKAP PINDAH


1- Kependekan kata seperti ‘dah , mau , pergi’ dibetulkan kepada ‘sudah, mahu , pergi’
2- Kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan.
3- Perkataan Bahasa Arab seperti ‘Alhamdulilah’ ditukar kepada ‘mengucap syukur’.
4- Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur slanga / dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku. Kata ganti diri ‘saya’ ditukarkan kepada ‘dia’ , ‘di sini’ menjadi ‘di sana’ , ‘masa ini’ menjadi ‘masa itu’  dan ‘kami’ menjadi ‘mereka’.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KESALAHAN LAZIM TATABAHASA 


1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan dia) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan kea) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripadaa) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunana) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisana) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7 Menggandakan kata selepas salinga) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8 Pembentukan ayat pasifa) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)


9 Penggunaan –kan menggantikan akana) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjamana) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah










Comments

  1. Saya suka nota dan saya faham latihan yg diatas

    ReplyDelete
  2. This is stupid notes I did'nt no like this👎☹️😤

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5