Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak
Oktober 1998
|
ANALISIS SOALAN BM SPM (Nov.
2005 - Jun 2014)
|
Tahun
|
Jenis Soalan
|
Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
|
Nov.
2005
|
(a) Membina ayat
(kata berimbuhan)
(b) Menukarkan ayat pasif
kepada ayat aktif.
(c) Membetulkan kesalahan
ejaan dan imbuhan dalam ayat.
(d) Membetulkan kesalahan penggunaan kata, istilah, atau tatabahasa dalam ayat.
(e) Menyatakan peribahasa yang
sesuai dengan ayat.
|
Nov.
2006
|
(a) Membina
ayat (kata dasar dan kata berimbuhan).
(b) Memisahkan
ayat (mencerakinkan ayat majmuk).
(c) Membetulkan kesalahan
ejaan dan imbuhan dalam ayat.
(d) Membetulkan kesalahan penggunaan kata, istilah, atau tatabahasa dalam ayat.
(e) Menyenaraikan peribahasa
atau kata-kata hikmat.
|
Nov.
2007
|
(a) Membina
ayat (kata dasar dan kata berimbuhan).
(b) Menukarkan ayat aktif
kepada ayat pasif.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam ayat.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa dalam ayat.
(e) Menyatakan maksud
peribahasa.
|
Nov.
2008
|
(a) Membina ayat
(kata majmuk).
(b) Menyatakan pola ayat.
(c) Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan dalam petikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa dalam ayat.
(e) Membina ayat berdasarkan
peribahasa.
|
Nov.
2009
|
(a) Membina ayat
(kata ganda).
(b) Mengenal pasti subjek dan
predikat ayat.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam ayat.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa dalam ayat.
(e) Menyatakan peribahasa yang
sesuai.
|
Nov.
2010
|
(a) Membina ayat
(kata berimbuhan).
(b) Membina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam ayat.
(d) Membetulkan tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa dalam
petikan.
(e) Mengisi tempat kosong
dengan peribahasa.
|
Nov.
2011
|
(a) Membina ayat
(kata nama).
(b) Menyambungkan ayat menjadi
tiga ayat.
(c) Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan dalam petikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa dalam ayat.
(e) Menyatakan peribahasa
berdasarkan maksud peribahasa.
|
Nov.
2012
|
(a) Membina ayat
(kata ganda) - Boleh tambah imbuhan.
(b) Menukarkan ayat songsang
kepada ayat susunan biasa.
(c) Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Berikan maksud tiga
peribahasa yang diberikan.
|
Jun.
2013
|
(a) Membina ayat
(kata berimbuhan) - Tidak boleh tambah atau tukar imbuhan.
(b) Menukarkan ayat aktif
kepada ayat pasif.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Isikan tempat kosong
dengan peribahasa yang sesuai.
|
Nov.
2013
|
(a) Membina ayat
(penjodoh bilangan) - Tidak boleh tambah atau tukar imbuhan.
(b) Pola ayat (FN dll)
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Berikan peribahasa
berdasarkan maksud yang disenaraikan.
|
Jun. 2014
|
(a) Membina ayat
Kata pinjaman Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
(b) Cakap ajuk dan cakap pindah
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Nyatakan peribahasa yang
sesuai berdasarkan situasi .
|
|
Kongsi dari Blog Cikgu Mohd Zaki.
Comments
Post a Comment