Nota BPK: Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

( Maskiah Haji Masrom )

Sinopsis

     Mengisahkan ‘Aku’ melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukkan untuk pembelian cenderamata tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. ‘Aku’ serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.

    Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, ‘Aku’ terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. ‘Aku’ mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun ‘Aku’ tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
     Hajah Normah dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. ‘Aku’ tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. ‘Aku’ dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk ‘Aku’ agar membeli jaket kulit kijang. Namun, ‘Aku’ masih belum berniat Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, ‘Aku’ cuba mengenakan jaket kulit tersebut. ‘Aku’ tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. ‘Aku’ dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan ‘Aku’ dan mengeluarkan kata-kata kesat.

      Perjalanan melawat Egyptian Market, ‘Aku’ didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan ‘Aku’, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan ‘Aku’, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada ‘Aku’ dengan harga AS$100. ‘Aku’ terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. ‘Aku’ juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali ‘Aku’ terlihat lebih daripada seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.

    Akhirnya, ‘Aku’ berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Aku  akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

Tema

Cerpen ini bertemakan pengalaman seorang pelancong yang terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang secara tidak sengaja lalu akhirnya membawa kesedaran dan penyesalan terhadap pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden 

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Persoalan perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik
Contoh: Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya dijadikan bahan komersial.

ii. Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara
Contoh: ‘Aku’ melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.

iii. Persoalan kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong
Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan Turki

v. Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan yang baik 

Contoh: ‘Aku’ telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia

iv. Persoalan kebijaksanaan sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat
Contoh: Masyarakat Turki memang pandai serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.memuji pelanggannya demi melariskan jualan.


Kaduk, Ayam dan Raja

(Zurinah Hassan)

Sinopsis

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak dimeterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.

      Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, Hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. 

      Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.

Tema


Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Persoalan


Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Persoalan keberanian menuntut hak

Contoh: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

ii. Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan

Contoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

iii. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah

Contoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

iv. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah

Contoh: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5