Posts

ANTARA CAP DAN COP

Image
    Guru-guru Bahasa Melayu dan pencinta Bahasa Melayu  memang tidak  dapat lari daripada istilah "Membiasakan Yang Betul dan Membetulkan Yang Biasa" bagi merujuk kepada fenomena pengunaan Bahasa Melayu Baku di negara kita.        Memang sukar membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa apabila menyentuh isu berbahasa. Dalam soal berbahasa sebagai alat komunikasi , perkara yang penting buat penutur bahasa ialah penyampaian mesej terlaksana. Soal sama ada bahasa yang kita gunakan tepat dari segi nahu lazimnya akan kita ambil mudah, asalkan mesej kita difahami oleh orang yang menjadi teman bual bicara kita .     Baru-baru  ini.  teman guru yang bukan  guru bahasa bertanyakan saya tentang penggunaan  perkataan cop dan cap, yang manakah yang betul. Berikut, ialah huraian maksud cop yang terdapat dalam entri Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP cop II Kd meniup (lilin, pelita minyak tanah) dgn meng...

TAJUK-TAJUK PENTING UNTUK KERTAS PENULISAN BAHASA MELAYU SPM 2014.

Image
       T ajuk-tajuk ini dicadangkan oleh penceramah dalam satu seminar yang dianjurkan oleh  sebuah  kelab yang ditubuhkan untuk para pelajar sebuah  institusi perkhidmatan terkemuka . Berdasarkan pengalaman , kajian dan analisis beliau terhadap pola soalan setiap tahun beliau berpendapat  pelajar perlu memberikan Fokus kepada tajuk-tajuk ini. Saya juga sependapat dengan penceramah ini, tajuk-tajuk ini perlu diberikan perhatian dalam slot ulang kaji  calon SPM 2014. 1. Menghargai  warga tua / jasa guru / OKU 2. Belilah Barangan Buatan Malaysia 3.Pembentukan Masyarakat Penyayang  4. Cabaran Remaja Masa Kini. 5. Langkah Memupuk Amalan Membaca 6.Menanamkan Nilai Patriotisme Dalam Kalangan Anak-anak. 7.Kepentingan Amalan Gotong-royong. 8.Faedah Koperasi Sekolah 9.Industri Pelancongan : Tahun Melawat Malaysia 2014 10. Kepentingan Mempelajari Sejarah 11. Kebaikan Amalan Menabung 12. Industri Kecil dan Sederhana 13.Us...

CADANGAN IDEA KARANGAN BERDASARKAN TAJUK/ISU BUKU TEKS TINGKATAN 4

S OALAN 1- SENARIO MASYARAKAT KITA –DIMENSI  MASYARAKAT (halaman 1) Masyarakat Malaysia  berbilang kaum  yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan tersebut. Cadangan  Idea.   -     Konsep   1 Malaysia  diterapkan dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat  Malaysia. Aktiviti dan         program ke arah perpaduan kaum dilaksanakan. 2-    Sekolah  vernakular dikurangkan dan digantikan dengan sekolah satu aliran  yang memberikan tumpuan kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti kokurikulum.   -Penerapan nilai  perpaduan dalam kalangan  pelajar sama ada melalui sukatan pelajaran  atau setiap aktiviti kokurikulum.  4.     Didikan   dari rumah, Ibu bapa menjad...

Antara Soalan UPSR yang Bocor dan Peribahasa Melayu.

Image
   Alangkah tragisnya apabila nama guru se-Malaysia tercemar dek segelintir  warga guru yang berbuat onar dan kononnya terlibat dengan kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris.  Pelbagai versi cerita menjadi buah mulut dan meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia lalu diperkatakan  ,  disebarkan  dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial sehingga menjadi viral.        AL KISAH 1 :  Kononnya ada guru di kawasan pedalaman Perak menyebarkan gambar-gambar soalan melalui aplikasi whatsapp setelah kertas soalan dihantar awal ke sekolahnya.     ALKISAH2 : Kononnya ada guru memberikan skema jawapan bahasa Inggeris  kepada murid - murid dan meminta mereka menghafalnya sehari sebelum peperiksaan. AL KISAH 3 : Kononnya ada guru penggubal soalan  yang mengumpulkan dan  menyebarkan soalan yang telah digubal.  ALKISAH 4 : Kononnya ada guru ketua pengawas yang mungkin mengambil gambar ket...